Wednesday, 9 August 2017

REVIEW | Skinfood Premium Tomato Whitening Toner

Assalamualaikum,
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review | review datang lagi. memang bulan nie rajin nak review product rasanya. hahhahahha. sebab seronok menulis review. mencurah idea nak menulis. wakakkaka. banyak benda nak komen kan. so mengadap lagi la review, kali nie nak review toner pulak. dah hampir sebulan lebih aku guna Skinfood Premiun Tomato Whitening Toner nie, kemain panjang nama dia, senang cerita pendekkan jadi tomato toner je la. hahhahahaha. been writing this review for a few days because i'm too lazyyyyy! hahahha. okay then,

Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review

without further ado, let's us begin!

skinfood premium tomato whitening toner
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner (Skin-Brightening Effect | Mild Whtening) made in korea. skinfood pun memang antara jenama kbeauty yang agak terkenal la bagi penggemar kbeauty products. dari segi packaging dia, aku suka botol macam nie. ada penutup dan bila bukak penutup ada stopper. senang la nak letak dan baling kat mana2, confirm tak leak. hahaha

bahan utama : 10% ekstrak tomato dan vitamin C (click HERE to read more)
jenis kulit : untuk semua jenis kulit


skinfood premium tomato whitening toner
belakang dia semua tulisan korea. takfaham satu pun kecuali manufacturing date dan expired tu kot. dan ada perkataan made in korea. so original la made in korea. 

my verdicts ;
aku suka sangat dengan toner tomato nie. bau dia memang takda langsung bau tomato. ada bau yang relaxing gitu, tak terlalu kuat. aku guna toner nie setiap hari selepas cuci muka. sebab aku suka tomato toner nie, dia tak terlalu 'harsh' atau kasar untuk kulit acne-prone (berjerawat) macam aku. hahhaa. lepas pakai rasa segar2 je. takde breakout apa semua. alhamdulillah. 

kegunaan toner ;
aku rasa mostly dah tau kegunaan toner (secara general) nie apa, pada mulanya aku ingat toner nie hanya untuk mengecilkan pori2 di muka, tapi kalau mengikut 'korean skincare routine', toner adalah untuk balance ph kulit muka lepas cuci muka dengan pencuci muka yang beralkali. (correct me if i'm wrong)

cara guna (how to use) ;
aku lebih suka bila nak guna letak beberapa titis kat cotton pad dan sapu kat muka. lepas tu nampak la kesan kotoran walaupun lepas baru cuci muka. hahahhahah. ada yang suka letak kat tapak tangan dan tepek2 kat muka. ikut suka korang ler nak guna toner macam mana. asal dapat semua benefit dia. 

credit pic to ALTHEA

pros ;
๐ŸŽ no alcohol - rasanya, sebab tengok ingredients dia memang takdak alcohol. kekadang toner yang ada alcohol boleh mengeringkan kulit yang dah sedia kering (lead to over produce sebum and jjanggg new acne). toner beralkohol bagus untuk kulit muka yang minyak berlebihan. apa2pun, ikut pilihan korang.
๐ŸŽ bau yang nice gittew. selalu rasa taksabar nak guna toner lepas cuci muka. tapi makesure muka kering (lepas cuci muka)  dulu baru guna.
๐ŸŽ  botol yang comel. hahhahaha. dan packaging yang secure. 


cons ;
๐ŸŽ kena beli online (sebab kat tempat aku tinggal mana ada branch skinfood dan korean products sobsss)
๐ŸŽ harga mahal *uhuksss* kira berpatutan la. tapi takpe, sebab boleh tahan dalam tiga bulan atau lebih untuk satu botol. aku dah dekat dua bulan guna, belum sampai setengah botol, masih banyak lagi. hahhahaha


harga ; masa aku beli hari tu RM38 rasanya, nie tengok balik kat website althea dah RM48. hahhaha
mana nak beli ; online http://my.althea.kr/premium-tomato-whitening-toner dan branch skinfood di malaysia

not a sponsored post, honest review based on my own opinions yaw. 

so, uolls ada guna toner dalam skincare routine harian korang tak? share sikit. 

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

19 comments:

  1. menarik betul botol dia tu. setakat ni kak Hana takde guna toner lagi. hari tu macam nak beli, tapi tukar fikiran nak beli moisturizer dulu kot. hari tu baca twt_kecantikan ke rt_kecantikan pasal isu ni, beauty blogger Iman Abdul Rahim kata yg basic cleasing, moisturising and sunscreen. toner dia kata skip pun takpe tapi kalau nak guna toner untuk hydrate kan kulit tu takde masalah. sebab kak Iman pun guna toner untuk hydrate kan kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, memang menarik botol dia. betul tu, toner nie takberapa penting pun dalam rutin skincare, cuma ada la benefit dia yang tersendiri kan. :D setuju dgn kak iman (BV layan jugak blog dia n tweet :D

      Delete
  2. 10% jeke dia punya tomato tu ala kecewanya xD

    kalau toner skinfood saya minat yg tomato dgn cucumber tu, nampak menyegarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahhh, asal ada tomato, memang tomato la namanya. hahahhaha

      sama jugak, BV teringin jugak nak try lettuce toner tu *tetiba :D

      Delete
  3. dulu rajin pakai toner,,mamonde rose ;D skrg dah makin malass

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, BV pun kekadang ada rasa malas pakai toner. ikut mood jugak XD

      Delete
  4. tercekik tengok harga. hahahhaha ใ… ใ… 

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, tercekik jugak rasa kalau nak beli lagi. wahahhaa :D

      Delete
  5. den guna toner Cosmoderm (lol in process nakhilangkan scars - lasak sangat selalu terluka dgn spect :')) and I really like it! Rasa lembut je kulit pastu hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah cari product cosmoderm nie, takjumpa2 pulak walaupun kat drugstore watson n guardian, ada pun limited T^T

      teringin nak cuba cosmoderm pulak :D

      Delete
  6. Nak beli tapi toner yang sekarang tak habis lagi lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna sampai habis dulu, nanti dah habis boleh la beli and try tomato toner nie :D

      Delete
  7. CCL oily skin so buat masa sekarang CCL lebih prefer produk cosmoderm . Toner pun ccl pakai cosmoderm . Kadang2 skip jugak pakai toner . Macam menarik jer toner tomato ni .

    ReplyDelete
  8. sik besar gilak botol nya nak kak? kmk tngah kumpul maklumat tok sbb kmk mok try guna skincare2 baru hahaha tapi kmk maok try lah toner tok. ingatkan harganya dalam RM70+ tek

    ReplyDelete
  9. i'm using cosrx aha/bha toner... the best toner everrrr~ hari2 wajib pkai lpas cuci muka.

    before this pkai yadah anti t toner. tu pun best jugak.


    i always skip moisturizer sbb toner cosrx tu dah rasa moisturize ๐Ÿ˜‚ pasni kena rajin lagi kot

    ReplyDelete
  10. Guna toner safi balqis je dari dulu. Tak pernah tukar lagi sebab masa mula2 terjebak dgn kbeauty ni toner tak habis lagi. Lepas ni maybe beli di althea lagi HAHAHA.
    Bagus lah kalau tak ada bau tomato, mati2 ingat ada bau tomato.
    Izz tahu satu je fungsi toner, pernah terbaca somewhere, pakai toner so that makeup yg kita nak apply selepas tu lebih serap masuk ke muka. Macam tu la lebih kurang.

    ReplyDelete
  11. Saya gune toner etude house pore botol biru tu. Nanti nak try yg ni la pulak hehe.

    https://noveltyme.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Menarik je tau kalau tengok beauty produck Korea..

    Agak mahal juga harga dengan botol yang kecik camni kan, tapi bab nak order online tu lagi bercinta jugaklah.

    Siqah guna toner Ginvera MarvelWhite. baru je start guna toner nanye. Hihi.

    ReplyDelete
  13. Teringin nak pakai product Skinfood tapi my skincare set belum habis lagi, so kita tangguh dulu niat.

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!