Thursday, 27 July 2017

KFC zinger double down

Assalamualaikum,
lama dah aku tak buat review makanan kan. hahahhaha. banyak post gambar makanan je. lately aku banyak makan makanan macam nie dan berminyak, banyak mayonis la. lepas tu, jeng jeng jeng, berketul jerawat baru fresh tumbuh kat muka. hahahhaa padan muka. padannnnn. ok dah. 

kali nie nak cerita pasal KFC zinger double down yang aku makan minggu lepas2. baru rajin nak up kat blog dan menaip bagai. beli guna duit hasil berblogging, jadi kena la tunjuk kat blog. wakakkaka. 

all meat no bun WOW!

aku pilih COMBO, harga RM14.70
okay la, dapat zinger double down 1, air 1 dan french fries 1. 

ala carte (single) harga rm10.90 (macam tu la, aku agak2 je sebab dah lupa)

KFC zinger double down
beli secara take away atau tapau la senang cerita. sebab banyak benda nak kena handle hari tersebut (cewahhh cakap banyak orang busy. LOL). masa nie zinger double down nie banyak dah keluar iklan kat youtube (aku rajin layan youtube). berapa liter dah air liur aku telan masa tengok iklan dia. hahhaha. so alang2 singgah kat mall yang ada kfc, apa lagi, terus nak cuba la. 

KFC zinger double down
gambar tak berapa elok sebab tak sabar nak makan. gigih ambik gambar sambil telan air liur. hahahaha. nampak rangup je kan. sorry la aku tak bukak bagi nampak cebisan ayam nipis tu sebab buruk sangat rupa cheese cair dan mayonis berserta sos keju (setelah beberapa jam dalam kereta yang panas). 

KFC zinger double down
rasa dia sedap!! dah nama ayam bertemu ayam jadi ala burger ayam kat tengah pun ada ayam. rangup dan ayam dia jenis spicy rasanya. sesuai la makan dengan sos keju dan mayonis nie, ada pulak keju keping. nikmat ler jawabnya. cuma kena handle sikit jenis ayam yang agak berminyak tu. aku makan setengah je dah kenyang (simpan jap dah tu sambung balik makan bila lapar) banyak isi ayam dia. nak lagi umphh, letak la sos cili/tomato ikut style korang. cuma kalau sos cheese dia bagi leleh2 sikit mesti best. hahahhaha (lain kali kalau ada geng di kfc boleh la request letak sos cheese banyak sikit. LOL)

tu je la nak cerita, 
bila la kfc nak sponsor aku nie? hahahhaa
(not sponsored post, honest opinion)

haaaa, korang dah merasa ke zinger double down nie?

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



πŸ’ ads | KFC bucket murah
πŸ’ ads | komen hambar pasal badan


24 comments:

  1. Tergoda aih tengok,,,, nak kena rasa jugak ni kalau tak kempunan ler nanti.

    ReplyDelete
  2. nak sgt try,harappnya dia akan jadi menu tetap kfc,bukan limited edition !

    ReplyDelete
  3. mmg favorite akak ni, zinger burger! should try..huhuu

    ReplyDelete
  4. terliur nya tengok ayam dan cheese tu meleleh-leleh

    ReplyDelete
  5. Hanya dapat menelan air liur je ..tak sempat nak merasa zinger burger ni ..mcdnya terlalu ramai

    ReplyDelete
  6. Dah rasa. Sedap jugak. Tapi ada sesetengah kfc rasa masin sikit . Lain tempat lain pulak rasa πŸ˜„

    ReplyDelete
  7. haritu tengok org share gambar nampak mcm kecik, tengok gamba BV ni mcm besar pulak. kenyang tak makan ni? sbb dia takde roti kan huhu
    for sure minggu ni jugak nak makan!

    ReplyDelete
  8. Adoi nikmatnya nampak! Siqah tak rasa lagi menu kfc yang ni. Akan diterjah nanti. SUka banyak ayam tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak komen lagi sebab dah makan dah. haha. Sedap tapiiii besar gilaaaaa portion dia. Jenuh jugak nak habiskan.

      Delete
  9. teringin nak makan jugak 😭

    ReplyDelete
  10. akak dah makan! memang sedap :) puas hati beli

    ReplyDelete
  11. Dah makan dua kali hehe. Boleh tahan sedap tapi takleh makan selalu sebab masin haha

    ReplyDelete
  12. yeah opkoslah dah makan! hahahahah saya hampir sebulan melayan kfc tadak jugak kena sponsored. hahahahah..
    samalah makan sekerat, lama sikit baru sambung balik. but still feveret twister kfc! ^_^

    ReplyDelete
  13. Belum pernah rasa lagi. Kena try ni, dah terliur tengok gambar. hehe

    ReplyDelete
  14. Tak cuba lagi sebab tak suka sangat makan ayam. nak kena telan isi ayam je nih. aduhh susah. Tapi dah tengok kawan makan hari tu. Sedap dia cakap tapi tak kenyang. Haha

    ReplyDelete
  15. oh my Godddddd..... why why whyy.. why baca pagi2 ni.. lapar TT^TT teringin nak makan dari haritu lagi :'(

    ReplyDelete
  16. hai BV,

    terlior tgk iklan double down kfc ni.
    tapi blm sempat try lagi hehe

    rindu,
    Anamizu :)

    ReplyDelete
  17. Sedap tu sedap tapiiii rasa dia tak ubah macam spicy chicken jugak. Takde kelainan. Dia modified rupa bentuk je haha

    ReplyDelete
  18. alamak... sedap ni...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    ReplyDelete
  19. Perot tgh lapar ni ..Jom la serang KFC japπŸ˜€

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!