Thursday, 27 July 2017

KFC zinger double down

Assalamualaikum,
lama dah aku tak buat review makanan kan. hahahhaha. banyak post gambar makanan je. lately aku banyak makan makanan macam nie dan berminyak, banyak mayonis la. lepas tu, jeng jeng jeng, berketul jerawat baru fresh tumbuh kat muka. hahahhaa padan muka. padannnnn. ok dah. 

kali nie nak cerita pasal KFC zinger double down yang aku makan minggu lepas2. baru rajin nak up kat blog dan menaip bagai. beli guna duit hasil berblogging, jadi kena la tunjuk kat blog. wakakkaka. 

all meat no bun WOW!

aku pilih COMBO, harga RM14.70
okay la, dapat zinger double down 1, air 1 dan french fries 1. 

ala carte (single) harga rm10.90 (macam tu la, aku agak2 je sebab dah lupa)

KFC zinger double down
beli secara take away atau tapau la senang cerita. sebab banyak benda nak kena handle hari tersebut (cewahhh cakap banyak orang busy. LOL). masa nie zinger double down nie banyak dah keluar iklan kat youtube (aku rajin layan youtube). berapa liter dah air liur aku telan masa tengok iklan dia. hahhaha. so alang2 singgah kat mall yang ada kfc, apa lagi, terus nak cuba la. 

KFC zinger double down
gambar tak berapa elok sebab tak sabar nak makan. gigih ambik gambar sambil telan air liur. hahahaha. nampak rangup je kan. sorry la aku tak bukak bagi nampak cebisan ayam nipis tu sebab buruk sangat rupa cheese cair dan mayonis berserta sos keju (setelah beberapa jam dalam kereta yang panas). 

KFC zinger double down
rasa dia sedap!! dah nama ayam bertemu ayam jadi ala burger ayam kat tengah pun ada ayam. rangup dan ayam dia jenis spicy rasanya. sesuai la makan dengan sos keju dan mayonis nie, ada pulak keju keping. nikmat ler jawabnya. cuma kena handle sikit jenis ayam yang agak berminyak tu. aku makan setengah je dah kenyang (simpan jap dah tu sambung balik makan bila lapar) banyak isi ayam dia. nak lagi umphh, letak la sos cili/tomato ikut style korang. cuma kalau sos cheese dia bagi leleh2 sikit mesti best. hahahhaha (lain kali kalau ada geng di kfc boleh la request letak sos cheese banyak sikit. LOL)

tu je la nak cerita, 
bila la kfc nak sponsor aku nie? hahahhaa
(not sponsored post, honest opinion)

haaaa, korang dah merasa ke zinger double down nie?

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



💁 ads | KFC bucket murah
💁 ads | komen hambar pasal badan


Saturday, 22 July 2017

another haul from sgshop

Assalamualaikum,
haul lagi. hahahhaha. aku ada buat blog post pasal haul dari sgshop jugak kat SINI. pada masa tu, aku banyak pilih barang yang kecik2 dan ringan je. kali nie apa pulak yang aku pilih? aku menang dua kali giveaway sgshop tu, tapi shopping credit lain2 masa dimasukkan. jadi kali pertama beli banyak stationery dan kali kedua nie pulak . . . .. 

meh la baca.
pengalaman membeli barang di sgshop

pengalaman shopping di sgshop
agak besar parcel kali nie. nasib baik hantar depan rumah. tu pun hantar pepagi, terkejut ai kemain besar bunyi hon depan rumah dengan lori besar pulak tu. biasa tengok orang hantar guna van dan motosikal. hahhahaha. kali nie aku sendiri ambik parcel depan rumah. selalunya mak yang ambik sebab mak selalu berada di luar rumah pepagi (berkebun?)


pengalaman shopping di sgshop
masa sesi bukak parcel nie, aku ngan mak je ada kat rumah. adik2 pergi sekolah semua. punya la tak sabar nak bukak, bukak pun depan pintu bilik sambil diperhati mak. hahahhaha dan inilah barang2 yang aku beli dengan shopping credit rm100 + belasan ringgit dari aku sendiri untuk tambah kos shipping. 


spectacles dari meetsun tu aku beli pada harga rm35 macam tu la (nanti aku edit balik semua harga to the exact price), kemain packaging kotak dia, macam spec harga ratus2. hahahhaha. spec tu sebenarnya untuk 'tengok laptop' supaya mata tak sakit(?), OMG aku takpandai nak explain. hahhahaha. korang tau la kan, laptop/smartphone screen ada cahaya yang boleh buat mata jadi sakit so on, so this spectacles adalah untuk protect. kira macam tu la. siap dia bagi box, kain lap cermin mata, dan ada la something untuk adjust skru spec tu. 

okay next pic, aku beli sudu acah2 korea dua ketul. dan satu spec acah2 retis (rm10). LOL. hahhahaha. sedih sikit pasal spec tu sebab ada macam senget sikit. tapi okay la, dia pun bagi something (spanar? planar?) mini untuk adjust skru tapi aku takpandai nak guna. LOL.

sudu acah2 korea tu stainless steel, harga aku beli rm6+ satu. aku dah guna satu. yang tinggal nie aku rasa nak buat giveaway and bagi ngan pemenang la. siapa setuju? (aku still kumpul barang nak buat giveaway nie) nak tak?


yayy! benda paling aku suka la. plushies nyanko sensei (natsume yuujinchou) yang lama dah aku nak. yup, memang aku lama dah nak plushies nie masa jenjalan kat satu mall, ternampak kat rak plushies tapi harga rm29.90. guess what? aku beli cuma harga dalam rm10+ macam tu je. hahahhaha happy tak terkira. dah la comel. siap ada free keychain comel nyanko sensei lagi.


next, mini bag dan baju. bag tu harga dalam rm6+ dan baju tu dalam rm11+. aku suka bag tu sebab comel dan kecik. sesuai la kalau kau nak pergi kenduri dan tak jalan2 sangat. hahahha. baju tu pun okay la. tak expect banyak pun sebab murah kan. kain dia agak nipis dan sesuai la untuk cuaca kat malaysia, nasib baik aku pilih L. cuma kat bahagian lengan kain putih tu agak nampak bahagian dalam. kalau kena hujan, nampak la dalam dia. overall aku puas hati jugak la. 

🍤🍤🍤🍤🍤🍤


shipping cost mahal. total barang aku beli nie ada la dalam rm70+, shipping cost ke malaysia pulak rm42 (lepas discount). sebab barang yang aku pilih nie agak berat kan. 

boleh pilih shipping cost, ada yang cuma rm38 tapi ETA (estimate time arrival) dia 15-30 days. jadi aku pilih yang rm42 with ETA 3-7 days. sanggup tu sebab nak cepat. memang sampai cepat la, aku dapat dalam 7 hari macam tu.

semua barang best dan murah tapi shipping mahal. kalau ada shopping credit free lagi nak je aku shopping lagi. hahhaha

🍤🍤🍤🍤🍤🍤
korang pulak ada yang dah shopping kat sgshop?
barang mana satu yang menarik perhatian korang?

see ya when i see ya lah
ilal liqa'

Wednesday, 19 July 2017

last week stories and photos

Assalamualaikum,
nie nak cerita pasal life update pulak.
kali nie banyak gambar je kot. hahahhaha

wujud lagi sos sour cream onion kfc. bagi aku nugget kfc nie biasa2 je, agak kecik dan tak berapa ranggup. nugget mcD pulak seriously sama rasa macam ada satu brand nugget ayam tempura yang family aku selalu beli. murah lagi kalau beli sebungkus dan goreng sendiri. hahhahahha cheapskate. 


pergi hari permuafakatan kat sekolah adik2. aku, mak dan adik2. tetiba rindu zaman sekolah tengok keadaan kelas dan sekolah menengah aku dulu2. zaman aku sekolah menengah, aku pendiam. dan sedikit dense. hahahhaha. rindu la nak jalan kantin2 sama2 ngan kawan2 pada waktu rehat. rindu tahan ngantuk dalam kelas masa cikgu tengah mengajar kat depan. semua la rinduuuu. 


look what I FOUND. EEEEEEEEEEE
get it? comment if get it. hahahhahahhaa


icecream yang mak beli masa nak photostat barang adik aku. kat rumah, adik2 TAKUT nak ajak aku keluar drive kereta sebab gerenti aku BISING, TAK LAYAN, MARAH (kununnya) hahahhaha. yes, aku malas keluar rumah. kalau arahan dari mak, tak berani la kata tidak. sebab bos besar kan.


siapa suka rempeyek? kita geng!


masa nie keluar pepagi pukul 6 guna VAN dengan mak dan nenek. pukul 6 beb, nasib baik ada kfc 24 hours bukak. sempat la melepak sekejap sampai hari terang (pukul 7). dah tu jenjalan la sampai puas. pukul 11 baru balik. gigih la nenek aku, sakit2 kaki pun sanggup berjalan. 


dan aku ada buat acah2 VLOG gitu. sorry la video shaky2 (first time vlogging guna SJ7000).

and that all my short post!

anything good happen in last week?

see ya when i see ya lah
ilal liqa'


Monday, 17 July 2017

REVIEW | it's skin VC effector (Vitamin C Serum) & Tips Do and Don't

Assalamualaikum,
pe khabar uolls? hahahhaa rasanya bulan nie aku rajin pulak nak review semua benda. maafkan diri ini kalau blog post pasal review nie membosankan korang ke apa. banyak benda aku nak cerita, tapi tu di lain post la. post nie nak cerita pasal vitamin C serum yang aku dah guna hampir sebulan. nak bagi feedback ngan korang la nie. sebab ada yang mintak aku review vitamin C serum nie. 

REVIEW | it's skin VC effector 10 (Vitamin C Serum)


VC effector vitamin C serum
serum vitamin C nie dari brand kbeauty iaitu It's Skin. VC Effector (Power 10 Formula) nama dia dari vitamin C of course. dari range Power 10 Formula nie bukan ada serum vitamin C nie je, banyak jenis serum2 yang lain dengan pelbagai fungsi. tapi aku pilih VC Effector sebab memang lama dah cari serum vitamin C.  banyak yang aku jumpa mahal2 atas rm50, tapi yang nie murah sikit dari kebanyakkan serum di pasaran, RM25 girls. first time nie jumpa vit C serum yang murah. siap ada skin safety tested tu. 

first beli ingat botol serum tu kecik je (sebab pemalas nak tengok/teka content ml dia). rupanya agak besar jugak. ke aku je rasa botol tu besar sikit dari serum lain? hahhahhaha


VC effector vitamin C serum
ingredients dia boleh check kat website nie ---> ALTHEA
packaging kaca dan aku suka dia ada penutup, safety first. hahahhaa

main ingredients ; vitamin C and green tea

skin type ; normal to dry/combo skin

it claims to ; 
brightens skin and lightens freckles
smoothen skins for more vivid texture
promotes a fair and healthy complexion


VC effector vitamin C serum
tekstur dia macam biasa dah serum memang pekat la kan. kalau tak pekat tu kalau tak silap jenis essense sebab fungsi hampir sama je. bau citrusy macam bau ala2 limau2 macam tu. bila letak kat muka, first rasa melekit2 (sticky) sikit, cepat jugak menyerap kalau pat2 kat muka. 

cara guna (how to use)
two or three drops, lepas tu sapu atau pat kat seluruh muka.
aku guna serum selepas toner, dan sebelum moisturiser.
cleanser > toner > SERUM > moisturiser


berkesan tak?
agak berkesan la bagi aku. ada perasan slightly changes to my skin after few weeks. sebab aku memang guna tiap hari. dua kali sehari. kalau malam aku sapu kat seluruh muka, kalau siang2 aku sapu kat kawasan tertentu je. nampak sikit bekas jerawat yang hitam2 dan merah2 tu pudar sikit.

pros
🍋 agak murah dari serum yang lain RM25 for 30ml of serum (boleh tahan lebih sebulan oi kalau pandai jimat dan sedikit kedekut. wahahaha)
🍋 bau sedap, lemony, orangy, citrusy like that
🍋 nampak la kesan dia, sesuai untuk kulit aku (no breakout)

cons 
🍋 kena beli online. aku ada jumpa serum jenis nie kat 'boxes stores' tapi harga rm45 beb. better beli online. 

dannnnnnn
kalau korang pernah guna memana SERUM VITAMIN C TAPI TAK BERKESAN, check balik skincare routine korang. boleh tengok video by WishTrend kat bawah nie pasal Vitamin C.



ada beberapa ingredients dalam skincare yang lain tak berapa sesuai digunakan dengan serum vitamin C dan menyebabkan vitamin C nie tak berkesan. antaranya AHA, BHA dan sunlight. kena tengok la video tu kalau nak faham. :)

harap bermanfaat la bagi sesiapa yang ingin mencuba. 
bukan sponsored post tau, jadi semua honest review.

PLUS, what works on me, might not works on you :)

🙋🙋🙋🙋
korang pernah dengar tak vitamin C serum nie?
pernah guna serum lain dan berkesan ke tidak?? 

sekian,
ilal liqa'




Wednesday, 12 July 2017

ALTHEA | Special Birthday Box Haul #AltheaTurns2

Assalamualaikum,
hello, people! yeahhh this post is about ALTHEA againnnn. last month, I already wrote a blog post about ALTHEA here and here. so what is this post about? buckle up and READ my dear precious friends. 

without further ado, let's started
ALTHEA | Special Birthday Box Haul #AltheaTurns2

ALTHEA is celebrating their 2nd Birthday. yayyy! ALTHEA is turning into 2 years old in this JULY. can't believe that I'm celebrating Althea's 2nd Birthday because I'm also celebrating ALTHEA birthday last year HERE. ALTHEA TURNS 2. OMG. serious aku excited. lol. 

as you can see here, THE BOX IS IN BIRTHDAY CAKE DESIGN. is that so cool?
I'm seriously excited and squeal when unboxing this. so many free samples and the gift from ALTHEA. plus, you can decorate the box as creative as you want. upload on instagram and you might have a chance to win fabulous prizes from ALTHEA. omoooo, why ALTHEA so kind??

🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰


saegilchukahamnida, happy birthday, selamat hari jadi ALTHEA 💞 keep being amazinggg 🔥 and awesomeee ⚡ we celebrating the 2nd birthday of ALTHEA 🎉🎊

THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT WHAT HAPPEN IN JULY (ALTHEA'S BIRTHDAY MONTH)

🎂 Althea Birthday Sale (sale everywhere, please don't miss it, you'll regret)
🎂 Birthday Giveaway (free full-size product, omo who doesn't love the free product!)
🎂 Althea Birthday Goodies (Limited Edition Box + DIY Bday Kit + Sample Pack)
🎂 FLY ME TO KOREA for TWO contest!! (whoaaaaa, please send me. ahaaa~)

check @altheakorea website and Instagram for more info. more giveaway now happening on ALTHEA's Facebook and Instagram. wowwwww👼


🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰


my HAUL! I love skincare products. few items I choose was on my WISHLIST. my wishlist comes true. I'm a happy girl. 💓😍

1. innisfree | green tea cleansing foam (finally I got this!)
2. petitfee | black pearl & gold hydrogel eye patch (been on my wishlist since I first saw them on the website)
3. it's skin | VC effector (my second bottle, the first one almost finish)
4. it's skin | Q10 effector (a gift for my mum)
5. apieu | pure block natural sun cream daily (just realise the importance of the sunblock)
6. witch's pouch | sd1 eyeshadow palette (for fun LOL)
7. pure smile | fruit point pads (to share with my siblings)

sharing is caring. NOW is a chance for you to give some KBEAUTY items to your friends, family and loved one. NOW IS THE TIME. what to wait?? or you can have all to yourself. no probs, no sweat. it is ALL your choice girls. 


the FREEBIES. wahhh so many FREE items. 🙌

bare blanc | FULL SIZE pink tender cream
pure smile | neco punch
skinature | goat milk mask
halfmooneyes |pink fruitty wash-off mask
free sample sets toner, cream, lotion etc

oh ALTHEA, you are pampering your customers so much. hhahahaa
THANK YOU SO MUCH, ALTHEA!!!!!

congratulations for your 2nd Birthday 💓💓

for instance, 
1. Purchase some items on ALTHEA from 3 - 31 July
2. get your LIMITED EDITION BOX and Birthday Kits
3. Decorate the box with your creativity
4. Take a photo to show your cake box
5. Upload on Instagram with hashtag #AltheaTurns2

then you will have a chance to 
🎉 FLY TO KOREA for two or
🎉 ONE YEAR worth shopping credits or
🎉 THREE MONTHS shopping credits

or 

you might be selected as WEEKLY LUCKY SHOPPER and win Althea Credits!


FABULOUS MARVELOUS PRIZES & GIVEAWAYS 💁

Fly Me To Korea Contest 
The Althea birthday box creation show off on Instagram. The grand prize is a flight to Korea for two! First prize is A Year's Free Shopping on Althea. Second prize is 3 months free shopping on Althea. Consolation prizes USD$100 Althea credits x 10 winners.

20 Days of Beauty - AltheaKorea Instagram Giveaway
Every working day, we'll be giving away a prize on Instagram.

Shopper's Lucky Draw
Every week, one shopper from each country to win Althea credits.
Based on Country: RM1000,SGD 300, PH10,000, IDR3,000,000, TH8,000, USD200.

Althea FB Giveaway
Every Monday, a contest will be up for FB Fans.

all will have T&C on blog.althea.kr


SHOPPING AND JOIN THE GIVEAWAY NOW!
💗💗💗
Instagram | @altheakorea
Facebook | Althea Korea Malaysia
💗💗💗


p/s: sorry for my poor pictures from my humble phone HAHAHHA nonetheless, enjoy! eh?
ahh, I already upload the unboxing video on youtube. not gonna put the link here. uhuks

Do you have any products in ALTHEA website that you wanna buy?

Friday, 7 July 2017

REVIEW | mini usb MP3

Assalamualaikum,
seperti yang aku janjikan dalam blog post SGSHOP MINI HAUL | STATIONERY HAUL AND A MP3, kali nie aku nak review la portable mini MP3 yang aku pilih nie. post nie pendek je la sebab taknak cerita banyak. kiranya aku ambik point yang penting2 je la. penting bagi aku, bagi korang tu aku taktau.

without further ado,
let's get started.
REVIEW | portable mini usb MP3

sebenarnya, aku tak jangka pun nak beli MP3 nie. kiranya aku pilih nie sebab nak cukupkan jumlah barang belian aku mengikut bajet. senang cerita, benda nie last aku pilih. dan aku memang pilih berdasarkan bajet under RM40. yeah, jumpa yang nie ada macam2 harga (harga untuk storage lain2 dan berbeza serta package yang berlainan), jadi dekat ngan bajet boleh pilih yang harga RM34.72.


kecik je MP3 nie, macam 1/2 dari genggaman tangan aku.
kat depan ada butang VOLUME up/down, PREVIOUS, NEXT dan PAUSE


package dia datang dengan earphone, MP3 dan casing silicone putih tu untuk cover MP3. butang ON/OFF pun memang obvious sangat, senang guna. kalau kita dengar lagu dan ON, memang ada LED kuning berkelip kat hujung switch tu. dan kalau battery low, LED merah ada muncul sebaris dengan LED kuning, kalau tengah transfer musics kat USB tu pun memang berlampu(?). hahhahaa


dan yang paling menarik bagi aku, dia USB. tak perlu susah2 letak lagu dalam physical memory card lagi. kalau nak transfer lagu, cucuk je kat laptop. nak charge pun senang, charge macam handphone, cuma tanpa guna USB cable la. sebab dia sendiri pun USB. hhahaha. aku pilih storage 16gb untuk harga RM34.72. memang berbaloi la. dah la boleh dengar lagu, boleh jadi macam pendrive pulak.

features ;
colors available : white, black, blue, green and pink
measurement : 85mmX25mmX9mm
input : 5V - 500mA
storage available : 2gb, 4gb, 8gb, 16gb and 32gb (with differents price)

pros ;
portable,
easy to use,
minimal design,
long lasting battery life,

cons ;
aku tak berapa suka earphone style macam tu, kalau guna lama2 buat telinga aku sakit. mungkin sebab telinga aku kecik kot. hahahhaha. tapi no problem la, sebab boleh beli earphone sendiri. sama je kan. 

memang aku suka la MP3 usb nie. mudah. 
takperlu lagi struggle nak dengar lagu kat smartphone, struggle tu sebab nak jimat battery. hahahha

🎵🎵🎵🎵🎵🎵🎵🎵

haaaa, korang pulak ada MP3 tak?
lebih prefer guna MP3 macam nie atau senang2 guna phone je?

sekian,
ilal liqa'

Tuesday, 4 July 2017

june 2017 | stories and favourites

Assalamualaikum,
dah masuk bulan july. yihaaa, masa untuk buat summary apa yang terjadi pada bulan enam. bulan june 2017 penuh makna rasanya, sebab bulan ramadhan dan syawal. jujur aku katakan, bulan june aku rasa agak happy lebih dari bulan lain sebab entah la. mood aku okay masa tu (maybe sebab setan dah kena kurung LOL joke!). rasa tenang la kan. 

let's proceed,


ramadhan 
best, sebab dapat makan makanan yang sihat. bagi aku la, aku makan makanan seimbang pada bulan nie sebab tak makan waktu siang kan, jadi pergi kedai pun tengok2 tapi tak beli je snacks dan kudapan2 yang selalu aku beli untuk makan siang2. hahahahhaa. bulan puasa memang rasa macam buat balanced diet, siap rajin makan buah masa sahur lagi. amalan pun okay. 

syawal
makan apa saja depan mata. hahahhahaha. makan snacks, gula2, kacang2 dan sebagainya. rosak diet. wakakkaka. jujur aku mengaku, aku banyak giler minum air bergas. tetamu datang rumah, bila tetamu balik, air bergas sebotol tak habis, aku la yang habis kan. HAHHAHAHA. bukak peti sejuk, tengok ada botol air bergas dah terbukak, nak jugak minum. i really can't resist air bergas you knowwwww.  walaupun sedar benda tu tak sihat. sekarang, aku cuba minum jugak air kosong banyak2 dalam sehari.

siblings. masa nie raya kedua. sorang missing in action sebab beraya rumah kawan dia. kemain masa nie, berjam jugak bergambar kat kawasan tepi rumah, belakang rumah. dimana2 diceruk rumah. hahahhaha. sampai hp aku lag kaw2 sebab penuh gambar. #berayadirumah


new skincare routine. macam yang aku kata dalam post SINI. aku memang start skincare routine yang baru. rutin baru penjagaan kulit muka. bila tengok gambar skincare yang aku guna kat atas pun korang dah tau, aku memang guna dorang nie setiap hari. yes, my skin ada improvement! kulit muka aku ada jerawats, scars and produk2 nie memang sesuai untuk kulit muka aku. alhamdulillah. so harap, memang terus sesuai la guna produk2 nie. maybe aku akan buat blog post pasal my new skincare routine. let's see (kalau rajin) hahahhaha


masa raya pertama. lepas ziarah kubur, sempat pulak jalan2 kat shopping mall dan makan aiskrim vanilla. 


🍦🍦 JUNE FAVOURITE 🍦🍦

their friendship tho. jealous.

kdrama / jdrama
- weightlifting fairy kim bok joo ; OMG, this drama so cute.  swag. hahhaha. i love kim bok joo character so much. rasanya semua dah tau pasal drama nie kot. so malas nak cerita banyak2. aku pun ada layan jdrama from five to nine. tbh, aku nak tengok drama tu sebab ada yamashita tomohisa. hahhahahha. end up jadi memang best. sebab baru layan balik jdrama, terus la jadi fav aku untuk bulan nie. 

anime - natsume yuujinchou roku dah completed. sedih rasa. kena tunggu beberapa bulan/tahun lagi untuk season baru. iCry. all time fav tau anime nie. kenka banshou otome pun dah habis. tapi takpe, chill, masih ada anime yang aku follow still ongoing. 



musics - falling in love with k-indie band Bolbbalgan4 (bolbbalgan puberty). dan aku layan beberapa 10 minute mix playlist lofi/indie dari  Lophee dan R L I F E (do visit theirs channel).

things - my new skincare routine, my new MP3 and washi tapes. hahhaha


🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
i know i should appreciate my life and be grateful.
be happy along the way. 

SELAMAT HARI RAYA!

so, benda best/fav korang dalam bulan JUNE pulak apa?? 

so, thats all for now,
see ya when i see ya lah.
ilal liqa'