Tuesday, 20 June 2017

ALTHEA | my raya KBEAUTY haul

Assalamualaikum
macam yang aku janjikan dalam post yang lepas POST INI, kali nie nak share pasal barang2 yang aku terima dari ALTHEA korea. yeahhhh. happy tak terkata la.

sementara promosi nie masih berjalan, korang baca la blogpost yang aku tulis pasal ALTHEA nie
Ramadan and Raya Special (ALTHEA)

let's started~

 my raya KBEAUTY HAUL
meh nak cerita apa yang aku pilih dan beli di website ALTHEA korea.


memula nak cerita pasal masa terima parcel serba pink nie. excitednya lahai. plastik untuk wrapper tu comel sangat, kalau dulu cuma pink plain je, sekarang ada corak barang makeup kat plastik parcel tu. comel duh. aku memang suka benda comel2 macam nie.

jjannggggg! yayyy, dapat special and limited edition ramadan box yang berwarna mint. suka sangat dengan box nie. dah la warna ala2 pastel gitu. comel. yang suka kumpul box tu memang akan jatuh hati la. aku pun boleh dikatakan suka kumpul box2 comel macam nie. 


nampak macam penuh box tu dengan barang2 yang diorder dari website ALTHEA korea. jyeahhh. 


dan inilah rupanya barang yang diorder dari website ALTHEA KOREA, mostly aku pilih skincare. nak start balik skincare routine baru sebab dah beberapa bulan rest dari produk2 skincare kecuali guna pencuci muka. cuma concealer dan lipstick je dalam kategori makeup. 


 Nella | Black and Black pore cleansing SET
aku lama dah wishlist benda nie dalam website althea. mostly sebab suka dengan berus dia yang lembut. bila baca review, yes berus dia sangat lembut dan cleansing foam tu pun okay untuk kecilkan pori di muka. salah satu sebab aku pilih nie jugak sebab, cleansing foam tu bahan2 dia banyak dari sumber natural tumbuhan dan buah. 


 SKINFOOD | Premium Tomato Whitening Toner
sebab aku nak start skincare routine yang baru, aku rasa aku perlukan toner baru. toner lama (innisfree) tak sesuai untuk kulit aku. so, harap yang baru nie sesuai la. aku pilih toner tomato by skinfood nie sebab pernah ternampak ada youtuber skincare yang guna toner nie dan dia kata toner nie tak terlalu harsh untuk kulit yang berjerawat dan acne prone skin. (macam kulit muka aku sekarang). 

dan sebab kulit muka aku bukan jenis oily dan agak kering, aku elakkan toner yang ada alcohol (sebab alcohol boleh menyebabkan kulit muka yang kering jadi makin kering). so, toner nie rasanya takdak alcohol masa aku check ingredients.


 it's skin | power 10 VC effector
as serum/essence. aku memang sedang mencari sumber vitamin C untuk skincare and yeahhhhh sangat excited bila jumpa VC effector nie. tambahan ada campuran green tea. cun pulak memang sesuai untuk normal to dry skin (combination). sesuai untuk brighten freckles and skin (in my case, bekas jerawat). kalau tak silap tomato toner tu pun ada vitamin C jugak. yeahhh. excited. dah guna, suka dengan bau dia yang macam citrusy. memang vitamin C sangat. dan jugak, VC effector nie antara yang popular dan bestseller dalam banyak2 power 10 serum/essence/effector nie. antara sebab serum nie famous sebab harga dia murah dari serum2 yang lain.


 it's my puff | oval sponge
aku sebenarnya taktau apa motif aku beli nie. sebab aku bukan jenis yang pakai makeup pun. paling koman orang kata, aku pakai bedak / cushion dan lip tint je. tapi manatau benda nie berguna bila aku tetiba nak guna cc/bb cream atau foundation or so on pada suatu hari nanti kan. hahahhahaha


 calmia | oatmeal therapy cleansing tissue
tissue nie berguna untuk bersihkan makeup kat muka. aku suka sangat bau dia. entah kenapa macam menenangkan la bagi aku. okay, takla terlalu kuat. dah cuba, memang best sangat, senang nak buang makeup kat muka. aku dah cuba letak concealer kat muka dan pakai lipstick, memang senang bersihkan dengan tissue nie, memang bersih dan muka rasa lembap.


 Nature Republic | Fresh Green Tea 80 Cream
bagi aku nie sebagai moisturiser pelengkap skincare routine baru. hahahhaha. bila baca review, banyak yang bagi komen benda nie bagus sebab senang menyerap dan sangat moisturising. aku pilih cream nie sebab ada GREEN TEA. umum mengetahui green tea bagus untuk kulit muka. dan aku harap sesuai la untuk kulit muka acne prone aku nie. so far so good.


 Witch's Pouch | selfie perfect concealer (23 natural beige)
motif aku nak beli concealer nie sebab nak tutup jerawat dan bekas jerawat kat muka masa raya nanti. hahahhahaha. ini adalah my FIRST concealer. first guna weh. bila baca review, memang banyak kata bagus dan senang guna sebab dalam bentuk pen kan. satu je kekurang benda nie, tak banyak shade. rasanya shade yang aku pilih nie paling gelap (antara dua shade). 


A : Concept | Lip&Cheek (Coral)
aku pilih nie dari Raya Giveaway Festival page di Althea. FREE lagi. happy sangat. suka sangat dengan warna dia. aku belum pernah pakai lipstick warna macam nie. paling best boleh pakai jadi blusher pulak. hebat betul. hahahhaha. kemahen kan. 


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸


senarai harga barang2 nie kalau korang berminat. total rm150 sebab yang coral lips&cheek yang RM27 tu free. dapat free shipping sebab semua lebih rm99 kan. jyeahhhh. barang sampai dalam 10 hari macam tu kalau taksilap. walaupun lama sikit menanti, tapi syok la terima kan sebab parcel comel dan kotak pun cantik. hahahhaha. barang2 lagi la awesome kan. :D

masih sempat lagi nak beli untuk raya nie (sebab raya kan sebulan hehehe)

while stock lasts!


🌸🌸🌸🌸


🌸🌸🌸🌸



ada tak produk yang korang berminat nak beli?
komen memana produk yang korang nak suruh BV review (akan di review lepas sebulan penggunaan)


see ya when i see ya lah. 



8 comments:

  1. I'm keen to know more about the serum/essence.. Please write a review on that . 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. will do a review soon, lepas sebulan. heheheh :D

      Delete
  2. Tomato premium toner tu nmpk best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, hehehe dah plan nak buat review nanti. :D

      Delete
  3. Review semua product please.

    ReplyDelete
  4. Siqah berkenan dengan concealer lah BV. Sekarang jerawat asyik tumbuh je kat muka. HAri raya ni rasa serabut pulak ada jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV pun memang beli concealer sebab nak cover jerawat masa raya :D

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!