belum seminggu dah rindu

Sunday 17 April 2016

Assalamualaikum
umum mengetahui, aku dah balik rumah. serius rasa rindu pulak dengan kamsis. hahahhaa. sebenarnya aku rindu bilik dekat kamsis. sebab aku nie jenis suka terperuk dalam bilik. bukan terperuk dalam bilik study. tapi terperuk yang memang terperuk la. hahahhahaha. tak tidur, layan movie, tak layan movie, ada buku baca la, aku lebih suka dalam bilik dari buat aktiviti kat luar. hahahaha. memang jenis shuit in kan. T^T sebenarnya aku layan je aktiviti luar, tapi jarang ada orang dengan aku layan aktiviti luar, memang dalam bilik je la kejenya. makan pun dalam bilik, beli makanan kat cafeteria, pastu makan dalam bilik.

nie sengaja la showoff bilik, sebab memang akan rindu la suatu hari nanti. nie bilik berdua dengan si roomate. si roomate aku nie jenis yang selalu keluar bilik, aku pulak memang jenis terperuk dalam bilik. so, memang cun lah. hahahaha. 

gambar dari pintu. cewahhh. aku punya katil mestilah berwarna warni dan berdekatan dengan pintu. HAHAHHAA. motifnya, kalau ada apa2 dalam bilik, senang nak lari. HAHAHAHHAA. okay, gurau2. 

ingat tak aku pernah cerita kat belog pasal malam aku keseorangan sem lepas dan penyapu tu? nie bilik yang sama je dengan semester lepas. hahahaha dan posisi penyapu yang sama jugak. Alhamdulillah, semester nie takdak situasi penyapu jatuh tetiba lagi walaupun aku keseorangan di bilik.

nie faveret space kedua selepas katil. hahahha. nie tempat aku study la. selalunya berterabur. selalunya, aku paling semangat nak hias meja study nie. tapi semester nie kurang sikit rasa nak menghias, jadi gambar camtu je la. setepek je mana2. hehehe. best sebenarnya study kat meja nie. tapi kerusi kurang best sebab tu aku jarang lepak kat meja nie sebab aku nie jenis letak kaki atas kerusi. hahahha. makan pun duk sipi2 tepi katil dan beralaskan lantai simen berlapik tikar getah. ecehhhecehhh. 

aiii, rindunya bilik. 
rindu kengkawan coursemates dan makanan di cafeteria. semester nie, rasanya takdak aku merasa makanan kat kantin. rindu la suasana kelas lepas nie. so plan aku, dua bulan bercuti dulu kat rumah sempena semester break. HAHHAHA. nak cari kerja? tengok dulu. >..<

sekian,
ilal liqa'


6 comments

  1. kenapa bilik dia luas sangattt? TAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas eh? hahaha. alhamdulillah, memang luas jugak la untuk 2 orang. :D

      Delete
  2. bestnya bilik besar macam ni tp duduk 2 orang je. Sy kongsi bilik dgn 4 orang. Masing-masing tidur atas tilam je hihi #studylife

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, pun best jugak duduk ramai2 4 orang. ada jugak bilik untuk 4 orang, tapi 2kali ganda besar dari bilik nie. :D

      Delete
  3. Teringat pulak hostel masa belajar.. =D Biasa la kan bila ada dkt hostel rasa nak balik rmh. Bila dkt rmh rasa rindu dkt kwn2, suasana hostel smua. Hehehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. masa dah dirumah rindu betul dok hostel T^T

      Delete

drop a comment~
arigatouuu!