Saturday, 10 May 2014

pengalaman jadi cashier -part 1-

Assalamualaikum
apa khabar manusia alam semesta. ayat kemain. macam la seluruh alam yang baca blog aku nie kan. hahaha. aku nak cerita pengalaman aku  jadi cashier ataupun dalam bahasa melayunya juruwang. *skemaaaa~* walaupun belum sampai sebulan aku jadi cashier. aku dah dapat macam2 la aku rasa. baru seminggu kot. belum sebulan kan.

sebelum jadi cashier tu, aku jadi packer untuk 3 hari sebelum diajar jadi cashier. sehari je aku kat bahagian wholesale atau market untuk jadi packer. masa tu memang lenguh gila la tangan aku masa masukkan barang dan susun je dalam plastik. paling lawak aku main sumbat2 je kot. hahaha

malam tu dan hari kedua dan ketiga aku naik atas. bahagian baju dan aksesori apa semua la. jadi packer jugak. penat tapi sikit je orang. aku bosan kat atas okay. dengan orang redeem point untuk member kad dorang lagi. penat jugak kan. 

dan tiba hari keempat. aku dah mula diajar jadi cashier. guna ID orang lain. guna ID chief cashier kat situ. hahaha. mula2 aku ingat dia sombong sebab dia diam je kot. ajar pun macam nak taknak je. but dia okay la. aku diajar macam mana dan total up, scan barang, semak barcode dan harga dan guna kad kredit. ada masalah bunyikan je loceng kat tepi tu. aku rasa sepanjang bekerja aku la paling banyak bunyikan loceng. hahaha. aku selalu terdoublekan scan. 

hari pertama jadi cashier, lepas kira duit. terlebih rm2.45. hari kedua terlebih rm0.50, hari ketiga terlebih rm0.05 dan hari keempat rm3.75. dan masa hari keempat tu aku jadi blur sikit kot sebab baru dapat ID sendiri. bertugas lak bertukar2 di 3 kaunter. hahaha. mana tak pening. dengan customer guna kredit kad lagi. masa kira duit tu, supervisor tanya aku kat kaunter mana, aku kata la aku kat kaunter 15. fuhh, habis sebilik tu gelakkan aku. serious la beb. aku tengok kaunter 15. then dorang kata mana ada kaunter sampai 15. mana la aku tau. 

dah habis kira, lebih rm3.75. then, ada encik sorang tu perli ke nasihat aku pun taktau, dia kata tiap hari lebih tak bagus. kamu makan duit customer oooooo. ada pulak bunyi orang gelak. aku okay je. hahah. harap maaf la bagi sesiapa yang aku lupa bagi baki. aku paling takut short kot. lebih duit pun tak baek. miahaha.

customer paling tak okay sepanjang 4 hari aku jadi cashier, bila sorang perempuan cina dan anak dia bawak satu troli penuh dengan makanan tin. anak dia kuajaq ooo. main baling2 makanan tin kat kaunter. kasar sunggoh lagak engko. memang kasar la. tak teratur dah kaunter tu aku tengok. atleast ko kumpul la makanan tin yang sama kan. tak payah la aku nak scan satu2. akak cashier sorang tu yang monitor aku pun dok geleng kepala je. paling lucu bila dia beli clorox dan akak cashier tu tengok setengah kot cecair dalam tu. hahaha. tu la balasan dunia. kuajaq dengan orang. aku senyum je dan ucap thank you. dah bagi baki dan resit semua. dia dengan muka tak puas hati check resit dan nak cari kesalahan. entah la. sukati kau la. 

mana kau belajar nie haha?

okay. harap la kerja aku dipermudahkan.
ada masa aku update lagi ya. hehe
dan takkan ada kesilapan lagi.
insyaallah. 
ilal liqa'




12 comments:

  1. Oke la tu keje. Dapat pengalaman. Dapat duit. Sy duk rumah je cuti. Hee

    ReplyDelete
  2. saba jak la cina tin ya..
    haiiishhh T__T

    ReplyDelete
  3. hehe, sabar awak. saya pun pernah jd cashier mcm2 ragam org

    ReplyDelete
  4. yg bahagian shock duit tu la yg paling ayoyo
    "bekas cashier jgak"

    ReplyDelete
  5. thniahh jadi cashier yg berjaya hahaha :D

    btw infinity :)

    ReplyDelete
  6. sabar sabar hihi qila tengok kawan kerja cashier pun mcm ugh takut nya hiihihihi

    ReplyDelete
  7. weh..ade sorg kawan ak tu dia cashier kt kdai runcit..duit excess dia smpn buat cover bila short..hmm nk tyela halal x gaji yg dia dpt tu eh?

    ReplyDelete
  8. weh..ak ad sorg kwan..dia ni cashier kat sbuah kdai rncit..duit yg excess byk dia smpan buat cover utk short..hmm nk tyela..halal ke x gaji yg dia dpt tu ek?ak nk tgur salah,x tgur salah .. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit tu dia sendiri yg ambik/simpan ke camne?
      rasanya kalau dia memang tak sengaja takpa kot. takut lak nak komen lebih, sbb BV pun xpasti XD

      Delete
  9. nak tak jadi cashier kedai makan akak kat kajang 0193995696

    ReplyDelete
  10. hehe pengalaman lebih kurang sama kerja cashier ^^

    ReplyDelete

drop a comment~
arigatouuu!