Tuesday, 31 December 2013

review kehidupan 2013




Assalamualaikum
meh buat review kehidupan kita dalam tahun 2013. bagi aku tahun 2013 amat bermakna dan penuh suka duka. memang banyak perkara yang terjadi dalam tahun 2013. semuanya menjadi kenangan paling bermakna dan berharga dalam hidup.

antaranya ialah
awal tahun sebab dah habis SPM, aku kerja kat kedai bunga dan penat sangat la kerja. pastu lari macam tu je. hahaha. part nie memang lawak. dan kemudian aku masuk form 6 kat SMK Lanang, rasanya tak sampai sebulan pun aku kat sana. masa cuti sekejap aku kerja pulak ngan bos bapak aku jadi nurse sementara dekat klinik. aku benci kerja tu. hehehe. bosan tau. mengadap orang yang takdak perasaan. tapi atleast dapat jugak ilmu kan.

lepas tu, masuk poli. menghadapi minggu suai kenal yang sangat meletihkan jiwa dan raga, first time jumpa roomate, masuk kelas dan jumpa kawan baru. pertama kali dalam hidup jauh dari family. first time jugak bulan puasa jauh dari family, cuci baju sendiri. *rasa diri ini berdikari pulak*. uruskan semua sendiri. makan minum dan duit. *pandai2 la berjimat*. homesick selalu. nangis tengah malam rindukan family. muahaha.

habiskan semester 1 di politeknik mukah dengan pointer yang boleh la. dan masuk semester 2 bagi sesi disember 2013. doakan aku.

tahun 2013 jugak aku beli henpon dan kamera. meningkatkan lagi minat aku dalam photography. dan jugak.

muhasabah diri. moga aku akan jadi lebih baek pada tahun 2014.
azam dan buat awal2 sejak awal muharram dulu. heee

2013 banyak mendewasakan pemikiran aku. ALHAMDULILLAH masih diberi peluang untuk hidup dalam dunia yang sementara nie. :)

kengkawan ajak outing dan stay out luar poli masa tahun baru nie. tapi aku rasa lebih baek duduk dalam bilik je. muhasabah diri banyak2. lagipun malas pulak nak membazirkan duit untuk malam tahun baru. hee. so aku tahun baru dalam bilik je la. mohon sesiapa yag baik hati pergi la ke bilik aku bawak makanan ye. kita celebrate sama2 sambil tengok movie USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG. hee :3

dan SELAMAT TAHUN BARU 2014.

goodbye 2013,
welcome 2014.

ilal liqa'

Sunday, 29 December 2013

pengembaraan balik poli

Assalamualaikum
hari nie aku dah ada kat poli.
penat wehh. bawak luggage besar gedabak. padahal cuti seminggu je ponnn kannn. hahaha. masuk bas pukul 9.50 bas jalan 10 am dan sampai kat mukah dalam pukul 12.45 pm camtu. dengan masa yang ada aku dan sepupu pergi la shopping kejap. sebab aku ada sponsor beberapa giveaway, so aku borong la stoking comel. muahaha. nanti aku pos bagi yang menang tu. tahniah yeeww :) lepas shopping bagai, duit dalam kocek ada beberapa je lagi, so kami pergi la makan kat Bela'O corner. 

ruang makan dia menarik perhatian. haha. nampak standard, *tapi aku malas pulak nak ambik gambar*. buku pilihan menu dia punya la besar kau tau. 

dah puas belek2 menu besar gedabak tu. macam biasa aku suka makan mee. jadi aku pilih mee goreng basah dan air bandung cincau.

mee goreng basah pilihan daku. :3
gambar makanan lain bergetaq tangan ambik gambar. haha. lapaq la katakan. semua tak sabar nak makan. :D

nasi goreng pattaya. sepupu aku punya. *teringat drama ROOFTOP PRINCE*

mee goreng? mee goreng ayam?? entah la. kawan aku pesan.

mukaaa??? haha. muka monyong semacam. :3  mata terpejam. haha. lawak muka aku sini. 

air bandung cincau gua punya. malas ambik gambar air orang lain. muahaha. pentingkan diri sendiri. :3

dah sampai poli. penat angkut luggage berat sebijik gajah. minumlah vitagen. haha~

alhamdulillah selamat sampai poli.
rindu mak bapak dan family :'(

ilal liqa'

Saturday, 28 December 2013

donut susu

Assalamualaikum
asta la vista people. blogging mood is coming. muahaha. typing and typing again then ideas come like puuffff. yey. muahaha.

hari khamis hari tu, mak aku dan adik perempuan aku buat donut. sebelum hari tu dorang buat kuih pou, tapi aku malas pulak nak ambik gambar. sibuk melantak la katekan. :3

aku makan je malas nak buat sekali. rajin pulak mak dan adik aku buat kuih2 nie kan. aku cuma jadi tukang komen je. best2. gembira. hee :)

aku suka donut susu. sedap weiii. donut panas2 bersalut susu tepung. terbaek.

edit melampau lampau. haha

sedap makkkk. masih panas2 dan untuk dimakan. NGAP terus masuk mulut. 

buat donut guna acuan jadi kat tengah tu daripada tak guna lebih baek jadikan bulat2 kan.

sedap dan comel donut bulat2 nie. 

nak makan lagi rasanya. hahaha

ilal liqa' :)


cooking

Assalamualaikum
i want to talk about cooking. do you know cooking? haha. i am bad at cooking something. the first thing i learn to cook with my grandmother is telur rebus bersos. yeah. thats my favourite so i learn how to cook it. it is simple. :)

actually i love cooking. just not enough space and no money to buy the ingredients. hee. i love to look for recipe. love to watch any "food related program" in television. yeah, i really enjoy 'menelan air liur' and get some cooking tips when watching.

i really loves foods based on sambal or sos. tekak orang malaysia biasa la. hehe. i also like to create new recipe. when cooking mood come, i would take any ingredients and make it into simple dish. then people will known it as 'makanan orang bujang' haha.

i still remember the day i create sosej mix with telur. really easy and simple. i make it in the a little big portion then i couldn't eat it all. i put under the 'tudung saji'. then when my father came home and wanna eat, he ate anythings and he said that my sosej with telur DELICIOUS. woooo. terharu. after that, he asked my mothers to cook sosej with telur when hungry in the midnight. haha~

i really want to bake cupcakes. just want to decorate the toppings. LOL. by the way, cupcakes is the cute way to express your feeling towards foods. haha. *what the heck i am saying bout*


it is funny when someone pushed you to learn about cooking.
funnier when the person know you does not know how to cook.
funniest when the reality you still can cook but not a pro just an amateur.

but we can still learn right?
am i RIGHT guys? *shouldn't i say girlss? LOL

ilal liqa'



Friday, 27 December 2013

anime song : if by Kana Nishino

Assalamualaikum
aku memang suka dengar lagu anime. so kali nie nak buat entry lirik sounstrack naruto. hehe. :3

if by Kana Nishino (Japanese)


moshi ano hi no ame ga yande ita nara
kitto surechigatte ita dake kamo
itsu mo toori no jikan ni BASU ga kiteta nara
kimi to wa deau koto ga nakatta n da ne

moshi mo sukoshi demo ano shunkan ga zuretetara
futari wa chigatta unmei wo tadotte shimatteta

kimi to onaji mirai wo zutto issho ni mite itai
onaji hoshi wo onaji basho de mitsumete iyou yo
kimi no egaku mirai ni watashi wa iru no kana
onaji sora wo onaji omoi de miagete itai yo

kuchiguse ya shigusa mo yoku nite kita futari
maru de zutto mukashi kara shitteru mitai da ne
douji ni MEERU shitari onaji koto omottari
akai ito de hikiyoserareteru no kamo

guuzen wa saisho kara mou kimatteta mitai ni
kasanatta futari wa unmei tte shinjite iru yo

kimi no egaku mirai ni watashi wa iru no kana
onaji sora wo onaji omoi de miagete itai yo

kimi to onaji mirai wo zutto issho ni mite itai
onaji hoshi wo onaji basho de mitsumete iyou yo
kimi no egaku mirai ni watashi wa iru no kana
onaji sora wo onaji omoi de miagete itai yo

tatoeba namida no hi mo hare no hi mo futari de
onaji michi wo itsu made mo te wo tsunaide arukemasu you ni

kimi to onaji mirai wo zutto issho ni mite itai
onaji hoshi wo onaji basho de mitsumete iyou yo
kimi no egaku mirai ni watashi wa iru no kana
onaji sora wo onaji omoi de miagete itai yo


ENGLISH TRANSLATION 

If that rainy day was stopping
Maybe we'd surely be missing each other
If the bus was always coming on the street time
There wouldn't have been times when I'll meet you, right?

If that moment was slipping away even a little bit
We'd follow through the different fate

I want to be seeing the same future together with you the whole time
Let's gaze at the same stars at the same place
I wonder if I'm in your depicted future
I want to be looking up at the same sky with those same thoughts

We know the whole time entirely from the good old days that even our actions came to resemble our favorite phrases, right?
We'll email each other similtaneously and feel the same things and
maybe we're drawing towards each other with a red thread.

Suddenly we decided it from the begining
We're believing an overlapped couple is fate.

I wonder if I'm in your depicted future
I want to be looking up at the same sky with those same thoughts

I want to be seeing the same future together with you the whole time
Let's gaze at the same stars at the same place
I wonder if I'm in your depicted future
I want to be looking up at the same sky with those same thoughts

For instance, even a tearful day and a clear day is a pair.
It's as if we'll walk the same road and join hands forever.

I want to be seeing the same future together with you the whole time
Let's gaze at the same stars at the same place
I wonder if I'm in your depicted future
I want to be looking up at the same sky with those same thoughts


video nie cuma MALE version. sebenarnya perempuan yang nyanyi lagu nie. :)

sekian. 
ilal liqa' 


Thursday, 26 December 2013

smoky and witty

Assalamualaikum
sayang apa khabar denganmu? disini ku merindukan kamu. *sambil pusingkan kepala lelaju kekiri dan kekanan* dahsyat kemain intro aku kali nie ya. entah apasal la aku hari nie. mood gila2 datang dah.

hari nie aku sebok kacau anak2 kucing aku yang tidoq. sekoq nama dia SMOKY *sebab bulu dia macam kelabu asap keta buroq yang asap hitam kepol2 tu* dan sekoq lagi nama dia WITTY *sebab dia bising dulu. termiaw sana miaw sini*

dulu nama dorang lain. adik2 aku yang bagi nama tapi aku tukar nama dorang macam kat atas tu. wahahaha~

comel bak hang. bila tengok dorang jalan jalan rasa macam nak picit2 je. comel sangatttt. *dalam kegeraman yang amat sangat*

smoky

smoky again. witty tidoq. tak mo kacau. tak mo tak mo. :3


pastu topik lain lagi.
aku suka weirdo dan creepy.
misteri gitu.

ilal liqa' :)

not perfect LOL

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

don't try to judge me if you really don't know me.
i am not perfect. so fix me. 
may ALLAH forgive us.
may ALLAH bless us. 


ilal liqa'

Wednesday, 25 December 2013

perbaiki diri

Assalamualaikum
hmm. bila orang puji kau cantik, hati kau kembang semangkuk, dalam hati bunga yang dulunya kuncup, kini kembang mewangi bak bunga matahari di waktu pagi. apa kau kata itu tidak RIAK, UJUB dan TAKABBUR teman?

sifat manusia bila dipuji, kembang hidungnya. sepatutnya bila dipuji kembalikan pujian kepada sang pencipta. SUBHANALLAH. segala pujian hanya untuk ALLAH. 

dalam proses memperbaiki diri.
bukan follower yang aku cari, 
aku nak mencari redhaNYA.
tolong aku, sokong aku dan pimpin aku. :)

credit iluvislam.com


ilal liqa'



sampaikan rindu

Assalamualaikum
aku suka dengar lagu Sampaikan Rindu by Izzue Islam ft. Sharifah Sakinah
lagu dia soft2 dan lembut2 gitu. hee~
sebab suka aku pun dengar la sambil salin lirik dia. :)

LIRIK LAGU Sampaikan Rindu ( OST Bunga Merah Punya )

izzue:
oh bulan sampaikan rinduku
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang pastikan bersatu
oh sayang didalam mimpimu

sakinah:
oh bulan sampaikan rinduku
oh bintang kirimkan cintaku
yang hilang mungkinkah bersatu
oh sayang dimana dirimu

izzue:
malam ini aku sendiri
menanti dan terus menanti

sakinah
malam ini aku sendiri lagi
menanti dan terus menanti

izzue:
usah ditangis lagi usah dirindu lagi
pasti kita bertemu nanti
usah ditangis lagi usah dirindu lagi
pasti kita bertemu pasti
pejamkan matamu kasih




layan~

ilal liqa'

Tuesday, 24 December 2013

KFC : chewy cheese

Assalamualaikum
aku dengan adik aku jenjalan masa cuti nie. muahaha. 
hilangkan bosan sementara aku masih ada kat sibu nie. 
hari hujan, so susah sikit nak pergi mana2 masa tu.
lepas penat jalan sekeliling parkson tu. dan perut pun lapar. 
so aku belanja la si adik nie makan kat kfc. 

aku dengan dia kongsi pesan
snack plate
cheezy wedges *wajib ada, heee*
pepsi untuk 2 orang
chewy cheese *menu baru kot, entah la. *

cheezy wedges faveret daku. muahaha.

tu dia CHEWY CHEESE harga rm4.90, untuk 6 ketul benda bolat nie. 

nampak sedap ek?

dah belah, tu dia, cheese. tapi rasa dia macam kurang sikit. 

not bad. nasib baek tak order banyak2. heee. 

easy drink easy go. chocolate caramel milk tea. RM6.90. *beli kat easy drink easy go* hee

syok makan makanan faveret gua. :3

gua lagi. muahahah~

adik gua -_-

cousin dan adik gua masa dalam keta nak balik rumah. 
makasih sudi tumpangkan kami balik rumah walaupun rumah kita sama je kan. haahah~

ada rezeki kita jalan lagi ya. :D
sampai sini saja :)
ilal liqa'



The Daily Reminder

Assalamualaikum
apa khabar korang semua? heeee. 
aku dah jatuh hati dengan salah satu youtube channel nie.


aku suka channel nie sebab banyak tentang Islam.
dan cara penyampaian yang sangat menarik hati aku. :)
aku rasa kan, memang dorang upload  video setiap hari. 
dah nama pun DAILY reminder kan. memang untuk mengingatkan. 
apa kata korang cuba tengok. mana tau jatuh cinta macam aku jugak. :P


nie video pertama yang aku tengok. cantik woooo~
apa yang dia kata tu buat aku ternganga, betui2. insaflah ko. 
sharing is caring. :3

ilal liqa'


Monday, 23 December 2013

Tudung Bawal Plain

Assalamualaikum
dalam entry sebelum nie aku ada cerita tentang tudung bawal kan.
ya. aku beli sepuluh keping. heee~ alhamdulillah.
tudung yang sampai cantik sangat wooo. 
macam nak borong lagi je. :P


without flash

with flash

cap kangaroo :3

aku suka tudung bawal plain cap kangaroo nie.
sebab dia lembut dan senang dibentuk. 
lagipun murah la. harga mampu milik. :)

aku beli kat sini

selain jual tudung bawal plain, pemilik dia ada jugak jual tudung bawal roses. comel sangat tau. meh la terjah sekarang jugak. thanks atas perkhidmatan yang baek. hee. lain kali BV beli lagi. hee

ilal liqa'



Saturday, 21 December 2013

yey, dah sampai rumah

Assalamualaikum
hari nie aku balik rumah dah, jejak kat rumah dah guling2 atas katil. kat bawah katil pun dah. muahaha. penat wei. cuti seminggu nie nak buat apa ea? heee

sebelum tu, meh tengok gambar sambil bercerita tentang aku dan sepupu aku nak balik rumah. :3

tiket bas. masa nie dah masuk bas pun. aku malas pulak nak susun2 gambar nie. sebelum masuk bas, aku bawak sling bag satu dan luggage satu. masa aku nak masukkan luggage kat bawah bas tu, sad life kau tau, nobody help me. dah la luggage berat cam bangang. lepas susah payah aku angkat dengan gigihnya dan kawan2 pun sokong dengan cakap "(nama aku) kan kuat. yeah" yeah tu aku tambah je. dan lepas aku susah2 tadi kan, baru datang sorang lelaki tu tanya "dapat?" ko ingat aku tak dapat angkat luggage seberat dua guni beras tu? ceh. haha. dah la luggage aku terpaksa letak kat atas tayar besar tu. malang. dah takdak tempat lain kan. nasib selamat. 

mee goreng nie aku makan sebelum naik bas. boleh la tahan. aku makan berapa suap je. pastu tapau. takdak selera lak nak makan. entah kenapa dan bagaimana. dah sampai rumah aku bagi kat adik2 je. malas nak makan. 

milo peng kat kedai sama. yang aku tak berapa bekenan dengan air milo nie, milo tu tak hancur. berketul ketul lagi dalam tu. hmm. tu memang dah menghilangkan mood aku sebagai manusia yang cerewet tentang makanan dan minuman.

eksaited memula masuk bas. besar wehh tempat duduk dia. ko nak duduk terkangkang besar2 pun tak kesah. siap aku bersila lagi atas tu. paling best aku kat tepi tingkap. muahaha. dapat tengok pemandangan. hee. ingatkan tadi sepanjang perjalanan tu aku enjoy. rupanya tidak.

tidak! yaaaa. aku sakit perut der. senggugut. ALLAH je tau betapa sakitnya aku menahan sakit. hmmmm. nak sapu minyak panas cap kapak takut se bas tu cium bau. aircond kan. hahaha. so sebagai cara untuk menahan sakit, aku tidur dan tidur.

bangun je tidur, aku tengok kat tingkap ada kereta eksiden, pastu sambung tidur lagi, tak kesah dah air liur meleleh. bangun lagi, ada lagi eksiden. whooaaa. berapa banyak kereta eksiden aku tengok hari nie?

3 jam berlalu, sampai pun kat rumah. alhamdulillah. 



SNEAK PEAK!
aku ada beli tudung bawal plain kangaroo. murah woo. aku beli sepuluh keping. 
entry lain aku cerita. heee~


ilal liqa'



Thursday, 19 December 2013

dapat 'benda' comel

Assalamualalaikum
bangun pagi tadi, hujan renyai2 budi bahasa. macam malas je aku nak bangun. semalam line gila punya lambat. gara gara geram sangat. aku tutup laptop dan terus tido. pastu pagi bangun awal pulak. 

datang kelas, lebih hampir setengah jam menunggu, tetiba takda kelas. whooaa. bestnya. pukul 2.30 baru ada kelas. kelas fundamentals of operating system. so sepanjang pagi tu aku minum milo dalam 2 kali buat macam tu. tetido dan bangun balik pukul 2 sebab nak siap2 gi kelas os. 

masuk je kelas tu, ambik kerusi dan duduk. tetiba kawan hulur benda comel. weehh. aku dapat benda comel nie dari kawan. serious best sangat. dulu aku suka dok puji pusheen and nama yang dia sendiri buat kat beg dia tu *felt craft*. hee. makaseh ya. lain kali bagi lagi. muahahaha~

whooaa. apple comels. 

geram aku. pas dapat terus gantung kat beg. :3


aku nak cerita lagi. masuk kelas operating system terus buat lab exercise 1. soalan punya la perggh. mengugat jiwa dan raga. tapi markah ciput je derr paling tinggi 3 markah. but sokay sebab kitorang dapat rujuk uncle google. punyalah banyak jawapan dalam uncle google. ko mesti pandai tapis punya. *tapi sayang aku tak bawak penapis* hee

1 pc untuk 5 orang, mana cukup. kepala banyak, idea masing2 lain. so aku dengan kawan aku sorang nie pergi la kat pc satu nie. kongsi dua orang. senang sikit nak cari maklumat. punya la blur dia n aku nak on kan pc tu. *IT student taktau on pc, apa kes?* hahaha. aku malas nak sambung2 kan kabel kat blakang tu. 

aku memang taktau. nanti salah cucuk mau mati dan rosak pc tak ke naya. nasib baek ada la student baek hati tolong lepas kawan aku nie mintak tolong. nak harap aku mintak tolong? sampai habis masa pun memang takkan hidup pc tu. 

puan nik comel *lecturer* tu kata, kalau cepat siap boleh balik. dengan gigih aku gogel dan share jawapan ngan kengkawan. 

dah siap. aku dengan kawan aku tu yang balik dulu. muahaha.

p/s : apa la line nie. buat hati aku bengkak je. *biasa la line free nak buat cemana* redha je la.

ilal liqa'

kerana BLOG, aku malu



Assalamualaikum
tajuk skema tak boleh blah. well aku kan manusia. tak lari dari kesilapan. kekadang nasib baek ada orang tegur. kekadang terus hidup dalam kesilapan dan akan sedar bila something happen.

aku menaip kat blog nie bukan nak femes, fame and so on. aku menulis sebab aku nak share dan luahkan perasaan serta hidup aku. aku meluahkan sesuatu yang tak dapat diluahkan melalui mulut. *skema gempak ayat*, selain tu share gak ilmu.

tak mungkin akan femes amos sebab aku blogger biasa bukan stylish tak hengat akhirat. aku girl yang simple pakai tudung bawal plain cap kanggaroo yang harga rm5 tu je. baju pulak bawah rm10 dan paling mahal rm40. aku amatlah malas nak beli baju mahal2 then sayang nak pakai terus simpan dalam almari jadi pekasam.

bila beribu or beratus or berpuluh STRANGERS atau dalam bahasa melayunya ORANG TAK DIKENALI, baca blog cikai aku nie, aku kool je. sebab aku tak kenal dorang dan dorang pun kompon la tak kenal aku kan. aku meluah apapun dorang tetap wat derk je dan hidup diteruskan seperti biasa. *kalau hidup jadi luar biasa lepas baca entri blog aku memang tabekk la* LOL

mungkin aku duduk kat celah mana pun taktau. tu STRANGERS tahap gaban. kalau stalkers yang strangers tu okay la sikit. *okay apanya pun aku taktau*

tetapi dan tetapu, bila orang dikenali macam kengkawans, kenalan and so on lah. yang baca blog kita. pastu dia bagitau dengan details lagi isi blog kita. waaa. malu gua. macam nak sembunyikan muka bawah bantal busuk dan taknak keluar forever.

lagi2 bila 'kesayangan' gila tak malu? kalau baca diam je la. takyah nak bagitau aku. mau tak mau aku jugak yang malu. sememangnya kerana BLOG aku malu. lepas nie jadi stalker je cukup la. muahaha :3



p/s : aku benci sangat lelaki yang tengok perempuan macam nak telan. kang aku sepak and baling guna kasut baru tau. bangang punya orang. jenis gatal abadi. baek ko taubat dan jaga mata tu. bagus ko tengok muka mak ko dapat jugak pahala kan. dan bagi perempuan, taknak lelaki tengok2? tutup aurat baek2 la derr. kata malu orang tengok. atau ko memang sengaja nak orang tengok?? tepuk dada tanya iman.

sekian
ilal liqa'





Wednesday, 18 December 2013

hari ini rabu

Assalamualaikum.
hari nie rabu kan? tadi petang aku ada skuasy. kekadang mood takda macam bangang je aku pergi mana2. macam terpaksa *bangang bahasa kasar dia kot*. pergi skuasy tadi, mood bangang datang. aku memang benci bila mood takdak nie. jenjalan sorang2 pergi pusat sukan bawak mood bangang. 

dan tetiba bila sesi berlari lari masa skuasy tadi, lebaq pulak senyuman aku, macam best je berlari lari macam kanak2 riang dalam gelanggang skuasy tu. haha. aku suka berlari lari tapi sebab senang penat. aku malas dah. tak aktif betul kan aku. 

*remember* typo aku derr. 

kekadang bila aku rasa sedih2 dan sunyi sangat. aku percaya ALLAH selalu ada. lagipun kita bukan sendirian, ada malaikat pencatat dosa dan amal yang selalu bersama kita. hmm. aku sunyi weii. cemburu tengok orang lain. cemburu cara baek. :')

ini aku dengan geng monsterz. hee~
masa nie pagi2 nak g kelas. haha. sempat menyempat snap gambar.
blog nie memang dah jadi tempat aku meluah perasaan. jadi jangan heran.

ilal liqa' 


Tuesday, 17 December 2013

mencari ilmu

Assalamualaikum
sebagai pembuka bicara, jawap la salam aku tu. dan sedekahkan al fatihah dan doakan kebaikan untuk aku dunia akhirat. heee. tak salahkan kita doakan orang? jangan lupa berdoa untuk umat Islam yang telah dilanda peperangan dan bencana di serata dunia. moga ALLAH lindungi mereka.

siapa kedekut ilmu? aku ke? bukan ya bukan. aku nak cerita pasal aku la kan. kalau tak cerita pasal aku pasal siapa lagi kan.

aku nie jenis yang tak pandai menerangkan sesuatu. kekadang bila kengkawan suruh terangkan sesuatu dengan susah payahnya aku terangkan. tapi memang diaorang susah nak faham sebab aku cakap berbelit belit berputar putar kau tau.kekadang aku sendiri tak faham apa yang aku cakap. muahaha. kalau faham memang alhamdulillah. syukur.


dalam mencari ilmu, kita tak perlu ada rasa malu. 
bukan maknanya memang buang 100% rasa malu tu dan bergaul mesra dengan bukan mahram.
tapi jangan malu bertanya. jangan malu untuk buat silap. bila belajar memang kita selalu buat silap. tapi belajar la dari kesilapan supaya takkan terus tersilap. *muahaha. punya la belit ayat*

sekian saja
ilal liqa'


Monday, 16 December 2013

BudakVanilla syok sendiri layan metal

Assalamualaikum.
aku memang selalu syok sendiri. muahaha. kekadang ketawa sorang2 depan laptop. memang syok sendiri la. seriously aku suka layan diri sensorang. duduk diam2 depan laptop, baca entry best, sambil sumbat earphone dalam telinga *dengaq lagu metal* dan menyanyi dengan suara kecik. kekadang aku layan zappel setin macam dalam gambaq. perrgghhh. berangin tekak.

aku dengaq lagu metal dan rock? yup, sebab aku rasa lirik dia lebih bermakna lagi dari lagu kpop dan pop2 semua tu. dalam menaip entry nie aku tengah layan lagu LOST by avenged sevenfold. memang bermakna lyric dia, aku suka yang slow2 and simple je. btw aku banyak minat band macam linkin park, system of a down, sum41, redjumpsuit apparatus, the used, dan band yang setara dengannya. heee.  kalau dah part heavy metal tu tolak tepi sikit. muahaha. :3

dengar lagu apa2 boleh je. asal tak melalaikan. seriously aku lebih suka lelaki yang nyanyi dari perempuan. entah kenapa.

meh layan gambar yang tiada kaitan dengan apa yang aku cerita tadi. muahaha.

peneman di kala duka suka segala

choki2 yang aku dapat bagi tadi. kawan bagi. :)

meh layan blog sesama. :D

ilal liqa'

Sunday, 15 December 2013

Tanda Hari Kiamat

Assalamualaikum.
meh kita cerita tentang hari kiamat. tanda2 kecil kiamat banyak dah muncul. kita sememangnya umat akhir zaman. subhanallah. korang baca la artikel kat bawah nie. moga ilmu dikongsi bermanfaat. kredit ilmu : Syukran Jazilan.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.


2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!


3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.


4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!


5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.


7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.


8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.


9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Ini pon sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.


10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.


11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.


12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.


13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?


14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.


15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.

Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM.


thanks to BLOGGER nie sebab sudi kongsi ilmu. mudahan diberkati ALLAH. tanda2 kiamat banyak dah berlaku kat dunia nie. sememangnya kita umat akhir zaman. hmm. bertaubatlah sebelum terlambat. bersediakah korang menghadapi kiamat?

ilal liqa'

dear niqabis

Assalamualaikum
ooo muslimah berbahagialah. aku rasa, aku belum dapat lagi capai title muslimah nie. sebab cara pemakaian aku dan cara hidup aku. hmm. kekadang ada jugak rasa nak ubah cara pemakaian. tudung labuh tutup bahu dan tutup belakang. no more skinny jeans dan baju mestilah labuh tak ketat. TUTUP AURAT. melalui cara hidup, solat memang solat. tapi kerap tertinggal. aku nie sleepyhead kau tau. kalau dah subuh punya la liat nak bangun. tapi syukurlah ada roomate yang memahami. mereka bangunkan aku dan ajak solat sekali. alhamdulillah.

sebenarnya aku bukannya nak cerita pasal aku. aku nak cerita pasal wanita berpurdah dan bertudung labuh. aku memang tabik spring berganda la buat mereka yang bertudung labuh dan berpurdah nie. senang mata memandang. jiwa pun rasa tenang je tengok dorang.

bab pemakaian dan agama dah kira okay kot. tapi part AKHLAK tu.

kredit : Rusydee Artz


sorry la kalau ada yang terasa.
takda niat nak buat orang terasa.
nak buat orang sakit hati jauh sekali.
nie untuk semua insan yang bergelar perempuan. 
ilal liqa'

Saturday, 14 December 2013

kipas susah mati

Assalamualaikum
apa korang buat tu? aku melantak depan laptop. makan roti, habis serbuk2 roti tu masuk celah keyboard aku. nanti ada masa aku cuci. muahaha. aku nak cerita pasak kipas susah mati atau dalam bahasa omputehnya die hard fan.

tiada kaitan dengan kipas pusing2 tiba2 mati. cuma aku nak cerita tentang sesuatu yang aku minat. honestly siapa yang dah lama follow aku and stalk aku mesti tau aku minat apa kan? aku nie kipas susah mati photography dan kamera. *memang susah mati la*

hari tu entah la bila, ada jugak aku stalk sebijik kamera nie. whoooaaaaa. first impression dah jatuh cinta berguling guling kau. tiap hari termimpi dan angau semacam. *sah kena angau kamera*. harga boleh tahan. lebih murah dari D3100 yang aku mimpikan selalu tu.

yang aku rasa dia nie bukan la DSLR tapi boleh tahan jugak la gambar dia. walaupun cuma 10mp. aku memang dah stalk kaw2 punya dan siap tengok macam2 review kat youtube. harap2 la aku akan dapat kamera nie suatu hari nanti. tapi aku tetap nak DSLR JUGAK!! D3100 idaman kalbu sepanjang zaman.

aku minat nikon sebab nama dia unik and berkualiti. muahaha

kamera nie tak besar sangat macam DSLR. sesuai untuk yang suka bawak kamera g jalan2. *aku la tu*. lagipun style gilaaa doee. *meleleh air liur aku*

nie dia idaman kalbu
Nikon 1 J1 Mirrorless Camera

aku cop awal warna merah. :3
kalau beli yang 10-30mm Lens murah sikit harganya. 
kalau yang lens besar sebelah tu lak. mahal sikit beb. 


FULL set lenses. woowww. mana nak copet duit nie. :D
korang nampak tak lens yang besar gedabak tu? hahaha.
kamera punya la kiut miut kalau taruk lens tu jadi pelik kot. 
*imaginasi terover pulak*

aku suka kamera nie sebab dia style. 
tapi kalau diberi pilihan. aku memang still akan pilih NIKON D3100
sebab DSLR is the best for photographer. 
ilal liqa'