Wednesday, 16 August 2017

hermo haul for my sister

Assalamualaikum
okay, sebenarnya beberapa hari nie idea nak update blog umpama 'hidup segan mati tak mahu'. macam biasa malas menaip dan idea pun berkurang, maka krik krik la blog. wakakkakaa. biasalah, bila blog personal nie, kekadang ada la mood nak update, kekadang tak berupdate la. chill. take your time bebeh.

thanks bagi yang wish dalam post lepas pasal konvo tuuuuuuu. terharu baca :D

ok, sebenarnya nak cerita, beberapa hari lepas, adik aku ada mintak tolong nak beli kbeauty product (pengaruh iolls kuat, hahahhaha). so, tengah decide nak beli kat althea atau hermo, lepas beberapa jam berfikir (hiperbola sikit), aku decide nak tolong beli kat hermo je la sebab dia nak cepat sampai (weekend nie dah balik poli).

yay, sampailah sudah. isnin order, rabu (today) dah sampai. pantas zass zass je kan hermo nie. pernah share jugak pasal hermo haul dulu2 kat post SINI. kali nie kena beli RM150 keatas baru dapat free postage (sebab kat sarawak kan). hahahhahaha


sorry gambar buruk sikit. wakkakaka. 

nampak sangat kan pengaruh aku kat situ. hampir semua brands tu aku dah ada. hahahhaha. 


πŸ’ ini list barang2 yang adik aku (si elin) pilih;

1. nature republic | aloe vera soothing gel mist (dah review kat SINI)

2. w.lab | sebum out finish pact (pernah jugak beli yang nie tapi kat althea kat post SINI)

3. its skin | VB effector serum (nie jenis lain, vitamin B untuk oily skin kalau taksilap, aku pernah review tapi aku punya vitamin C, baca post kat SINI)

4. apieu | sun cream waterproof 50spf (dia nak beli macam aku punya kat post SINI, tapi dah out of stock kat website hermo, jadi pilih yang nie je la)



πŸ™‹ yang aku pilih;

its skin | babyface petit pact. comelllll sangattttt (i kennot la benda comel2). kecik cenonettt je. aku beli yang nie sebab aku punya w.lab sebum out finish pact aku punya dah pecah, jatuh dari atas katil (carelesssssss iCRY) dah la fav pact sebab memang buat muka tak berminyak. ingat nak review, tapi taksempat pulak. hhahahhaha. kalau aku rajin, nanti aku review pulak its skin babyface petit pact nie. 

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈

okay done,
cepat betul servis hermo nie. terbaikkkkk. 
kalau ada rezeki, nak je shopping lagi kat website hermo. hahahhaha

korang pernah tak shopping kat website hermo? ada senarai barang2 dalam post nie yang korang nak aku review?? tell me :3


Friday, 11 August 2017

my convocation day!

Assalamualaikum,
okay, nie lambat sikit nak cerita. wahahhaha. minggu lepas, pada tarikh 5 ogos 2017, aku officially #doneCONVO. alhamdulillah. kira dah SAH jadi alumni Politeknik Mukah Sarawak. hakak2 senior dah. hehehehe. lepas TIGA TAHUN dan setahun lebih tunggu konvo, akhirnya konvo jugak. aku dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) atau lebih dikenali sebagai dip programming.

pada mulanya, aku tak rasa nak pergi pun konvo kali nie. sebab fikir banyak benda. 
lepas mak pujuk, pergi je la. wahahha. I'M GLAD I DID!!

3 ogos 2017
malam2 berangkat ke Mukah with makcik, sepupu2 kecik, nenek and mak. hahahahha the only boy yang ikut adalah adik lelaki aku. sebab adik2 aku yang lain sekolah. yang si bongsu tu exception la sebab dah cakap ngan cikgu dia.

4 ogos 2017 (raptai)
hari nie raptai, pepagi dah bersiap ke poli untuk raptai. excited gila jumpa coursemates. masing2 ada perubahan, makin cantik, kacak dan sihat2 belaka. banyak jugak benda kena settle hari nie, ambik jubah untuk konvo dan settle gambar la konon. dah settle, lunch dengan roomate. banyak benda dicerita. wahahaha. tetiba rindu zaman belajar. 

5 ogos 2017 
hari yang dinanti akhirnya tiba. excited kemain. berdebar jugak nak naik pentas, walaupun beberapa saat je kan. hahhahaha. tapi alhamdulillah, selesai dah. bergambar apa semua. terus pergi hotel sebab nak lunch atas ajakan ngah (makcik aku belah mak, sebab anak dia pun ada sebaya aku yang konvo jugak, siap bagi bunga dan teddybear lagi, terharuuuu). dah lunchhh sesi bergambar pulak. hahahhahah. so tired. lepas tu, pergi balik poli nak pulangkan jubah dan ambik sijil graduate ori. done. wohoho. taksangka dah officialllllll. 
coursemates gegirls. ada 3 orang takda dalam gambar. T^T
aku kat mana? whehehe

 with mak. gigih edit gambar background blur. walaupun tak perfect, kira okay la kan. banyak lagi gambar ngan mak dan adik. tapi malas nak upload sini. hahahhaa. aku banyak upload kat insta je. 

 with mak dan makcik2 (ngah idot and wa jijot) yang banyak berjasa. 

nasib baik senyum. sebab masa nie nervous dan terlupa bila turun pentas, senyum ke tak tadi eh? hahahhaha. banyak kamera kat depan wehh, rasa retis jap. wakkaka. harap gambar official jadi okay la. (gambar nie ihsan unit multimedia, thanks kawan yang tag. wehehehe)

I'm genuinely happy! takde rasa sedih sangat sebab hari nie sepatutnya happy2 je. and i know, everyone around me always try to make me happy. thankssssss. may ALLAH bless.

arwah bapak mesti rasa bangga, his eldest daughter made it!. al-fatihah. :')


✨✨✨✨
congratulations untuk kawan2 dan rakan seperjuangan. cewahhh. semoga kita terus berjaya dalam hidup masing2. terima kasih sebab banyak membantu selama 3 tahun kita bersama, sekelas, tak lokek ilmu. semua baik2. syukur sangat dikurniakan coursemates dan kawan2 yang baik nie. walaupun kekadang ada je benda tak best jadi, tapi korang tetap ada dan tetap positif. MAKASEHHHHH. wahahha. till we meet again yawww. 

another memory to keep in my life chapter πŸ’“

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'


Wednesday, 9 August 2017

REVIEW | Skinfood Premium Tomato Whitening Toner

Assalamualaikum,
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review | review datang lagi. memang bulan nie rajin nak review product rasanya. hahhahahha. sebab seronok menulis review. mencurah idea nak menulis. wakakkaka. banyak benda nak komen kan. so mengadap lagi la review, kali nie nak review toner pulak. dah hampir sebulan lebih aku guna Skinfood Premiun Tomato Whitening Toner nie, kemain panjang nama dia, senang cerita pendekkan jadi tomato toner je la. hahhahahaha. been writing this review for a few days because i'm too lazyyyyy! hahahha. okay then,

Skinfood Premium Tomato Whitening Toner Review

without further ado, let's us begin!

skinfood premium tomato whitening toner
Skinfood Premium Tomato Whitening Toner (Skin-Brightening Effect | Mild Whtening) made in korea. skinfood pun memang antara jenama kbeauty yang agak terkenal la bagi penggemar kbeauty products. dari segi packaging dia, aku suka botol macam nie. ada penutup dan bila bukak penutup ada stopper. senang la nak letak dan baling kat mana2, confirm tak leak. hahaha

bahan utama : 10% ekstrak tomato dan vitamin C (click HERE to read more)
jenis kulit : untuk semua jenis kulit


skinfood premium tomato whitening toner
belakang dia semua tulisan korea. takfaham satu pun kecuali manufacturing date dan expired tu kot. dan ada perkataan made in korea. so original la made in korea. 

my verdicts ;
aku suka sangat dengan toner tomato nie. bau dia memang takda langsung bau tomato. ada bau yang relaxing gitu, tak terlalu kuat. aku guna toner nie setiap hari selepas cuci muka. sebab aku suka tomato toner nie, dia tak terlalu 'harsh' atau kasar untuk kulit acne-prone (berjerawat) macam aku. hahhaa. lepas pakai rasa segar2 je. takde breakout apa semua. alhamdulillah. 

kegunaan toner ;
aku rasa mostly dah tau kegunaan toner (secara general) nie apa, pada mulanya aku ingat toner nie hanya untuk mengecilkan pori2 di muka, tapi kalau mengikut 'korean skincare routine', toner adalah untuk balance ph kulit muka lepas cuci muka dengan pencuci muka yang beralkali. (correct me if i'm wrong)

cara guna (how to use) ;
aku lebih suka bila nak guna letak beberapa titis kat cotton pad dan sapu kat muka. lepas tu nampak la kesan kotoran walaupun lepas baru cuci muka. hahahhahah. ada yang suka letak kat tapak tangan dan tepek2 kat muka. ikut suka korang ler nak guna toner macam mana. asal dapat semua benefit dia. 

credit pic to ALTHEA

pros ;
🍎 no alcohol - rasanya, sebab tengok ingredients dia memang takdak alcohol. kekadang toner yang ada alcohol boleh mengeringkan kulit yang dah sedia kering (lead to over produce sebum and jjanggg new acne). toner beralkohol bagus untuk kulit muka yang minyak berlebihan. apa2pun, ikut pilihan korang.
🍎 bau yang nice gittew. selalu rasa taksabar nak guna toner lepas cuci muka. tapi makesure muka kering (lepas cuci muka)  dulu baru guna.
🍎  botol yang comel. hahhahaha. dan packaging yang secure. 


cons ;
🍎 kena beli online (sebab kat tempat aku tinggal mana ada branch skinfood dan korean products sobsss)
🍎 harga mahal *uhuksss* kira berpatutan la. tapi takpe, sebab boleh tahan dalam tiga bulan atau lebih untuk satu botol. aku dah dekat dua bulan guna, belum sampai setengah botol, masih banyak lagi. hahhahaha


harga ; masa aku beli hari tu RM38 rasanya, nie tengok balik kat website althea dah RM48. hahhaha
mana nak beli ; online http://my.althea.kr/premium-tomato-whitening-toner dan branch skinfood di malaysia

not a sponsored post, honest review based on my own opinions yaw. 

so, uolls ada guna toner dalam skincare routine harian korang tak? share sikit. 

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'

Wednesday, 2 August 2017

july 2017 | stories x my life

Assalmualaikum,
cepat je masa berlalu. dah bulan ogos. so, nak buat la post summary pasal bulan July 2017. kalau ditanya kenapa aku buat post macam nie tiap bulan? jawapannya, sebab aku nak appreciate everything in my life. ada masa aku sedih, aku throwback balik la bila baca post2 bulan2 lepas pasal apa yang buat aku happy. hahahhaha. macam poyo je kan, tapi memang berkesan la untuk aku. kira ambik positive vibe dari posts di blog sendiri, sebab tak sepanjang masa kau happy. 

ok, let's begin!

bulan nie banyak keluar ngan mak dan nenek. tiap minggu rasanya. sebab banyak benda kena settle kan. selalunya aku malas je nak keluar rumah, tapi mengenangkan kalau keluar boleh la ambik udara hapak kat market jap. hahahhaha. k. chillex je la tengok perangai orang lain. takkan nak terperuk kat rumah je kan. walaupun aku suka terperuk kat rumah.  


dah start bullet journaling secara official. aku isi bullet journal tu secara monthly je. sebab dah ada planner aka journal untuk isi tiap hari. isi pasal 'highlight of the month', 'favourite', 'goals', 'grateful' dan lain2. macam2 boleh buat dengan bullet journal nie, jadi expenses tracker dan amal tracker pun boleh. be creative, cewahhh. 


pizza bunpizza
potato wedges gorengpepper sweets
makan seminggu sekali makanan macam nie boleh la kan. tetiba craving pizza. beli yang kat bakery biasa2 lagi sedap dari pizza hut, opss. hahahha. sebab pizza hut aku baru sekali je pergi. tu pun dah bertahun berlalu. lepas makan potato wedges goreng makan dengan mayonis dan sos cili tu, keesokkannya, jerawat masak kat bawah hidung. hahhahahha. besar pulak tu. obvious kan, apa yang kita makan memang nampak kat muka. jangan lupa minum banyak air kosong. minum secukup rasa la. terlalu banyak pun takboleh jugak.

dannnn, 
hari tu masa keluar ngan mak dan nenek, sempat singgah kat satu kedai jual souvenirs dari sarawak (orang sarawak sendiri pun masuk kedai souvenirs sarawak). banyak benda best aku nampak macam keychain, postcards dan so on. kalau ada rezeki, nanti boleh la beli dan buat giveaways kat blog. hehhheee. sebenarnya nak cerita yang aku beli gula2 lada. hahahhaa. sebab nak jugak merasa kan. bagi aku, okay la rasa dia sebab ada rasa peppermint dan sedikit pedas lada. bagi ngan adik2, ada yang kata tak sedap dan bagi balik kat aku. wahahhaha.  


takboleh nampak cermin besar dan clear sebab mesti nak selfie. ok. baju tu yang aku beli kat sgshop, baca post SINI. muat2 je. aku ingat bila pilih saiz L ada effect oversize sikit. hahhahaa. k.

#RoadToKonvo, hari Sabtu nie aku konvo. jumpa balik coursemates dan roomates. taksabarnyaaa.  tapi ada kawan2 yang tak dapat datang. sedih jugak la rasa. apa2 nanti la aku update kat blog kalau berkesempatan. Khamis dah berlepas ke Mukah. 



πŸ•  JULY FAVOURITES!  πŸ•

MOVIES ;
πŸ“Ί Okja (2017) | aku memang teringin tengok movie nie lepas tengok iklan kat youtube, movie nie boleh tengok kat netflix, tapi aku download kat website lain. happy tak terkata lepas download. hahahhaa. bagi aku movie nie best jugak la, pasal khinzir mutan, first tengok iklan mati2 ingat benda tu HIPPO, badak, lebih menyerupai badak. ada jugak scene yang membuatkan aku hampir berjujuran air mata. 

πŸ“Ί Fantastic Beast and Where to Find Them (2016) | lama dah nak tengok movie nie!!! cuma takdak peluang dan taktau nak download kat mana. terjumpa website download movie best terus cari movie nie. best jugak!! suka watak lelaki yang suka kumpul dan bela macam2 jenis beasts tu. tengok lama2, hensem pulak. hahhahahahha. k. suka magic2 nie, teringin nak tengok dia pergi jumpa harry potter, sama timeline kan. 


ANIME ;
🚩 Boku No Hero Academia S2 | aku memang dah follow anime nie masa mula2 keluar. sekarang masih ongoing. anime nie buat aku happy, ada jugak mentions pasal anime nie dalam post yang lepas2. walaupun aku ada baca manga dia, yang jalan cerita sama dengan anime, tetap excited menanti episode baru tiap minggu. suka dengan semua OST dia. plus ultraa!

🚩 Uta no Prince Sama (UtaPri) | hahahhaa akhirnya aku layan jugak anime nie. baru season 1. best laaaaa. suka suara Ichinose Takiya (Mamoru SAMAAAAA~). hensem2 semua, walaupun ada watak macam cringey sikit. tapi takpa la anime. 


SONGS ;
layan lagu2 BTS berbagai version kat youtube. aku banyak layan dari creator R E V E R I E. dia banyak buat lagu jadi CLOUD VER, MAGICAL VER, RAIN VER. dan banyak lagi. lagu2 yang rancak2 pun jadi soothing je bila dengar. my fav is SAVE ME (BTS) in Cloud Ver. 

GAME ;
memula aku addict dengan game BON BON CAKERY sebab boleh buat cake resepi sendiri lepas ada bahan. tapi lama2 bosan pulak sebab macam takda improvement. main pun biasa2 tunggu customer beli, train staff, promotion dan sebagainya. pastu uninstall. download HOTEL STORY pulak. best jugak. boleh besarkan hotel, susun2 kawasan2. macam2 la. excited main game nie sebab excited nak menanti hotel membesar. LOL. kalau ada siapa yang layan game nie boleh la add aku ye. nama bivichan. 

officially a RAVENCLAW~
dua tiga kali test, jawapan sama keluar walaupun kat lain2 website. last website test kat pottermore.com, so kira official dah kan. hahahhaha

ok, done. 

benda best yang korang makan, tengok, layan bulan JULY nie pulak apa? share sikit
Hogwarts house korang pulak apa?

see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



πŸ’ ads | KFC bucket murah
πŸ’ ads | komen hambar pasal badan


Thursday, 27 July 2017

KFC zinger double down

Assalamualaikum,
lama dah aku tak buat review makanan kan. hahahhaha. banyak post gambar makanan je. lately aku banyak makan makanan macam nie dan berminyak, banyak mayonis la. lepas tu, jeng jeng jeng, berketul jerawat baru fresh tumbuh kat muka. hahahhaa padan muka. padannnnn. ok dah. 

kali nie nak cerita pasal KFC zinger double down yang aku makan minggu lepas2. baru rajin nak up kat blog dan menaip bagai. beli guna duit hasil berblogging, jadi kena la tunjuk kat blog. wakakkaka. 

all meat no bun WOW!

aku pilih COMBO, harga RM14.70
okay la, dapat zinger double down 1, air 1 dan french fries 1. 

ala carte (single) harga rm10.90 (macam tu la, aku agak2 je sebab dah lupa)

KFC zinger double down
beli secara take away atau tapau la senang cerita. sebab banyak benda nak kena handle hari tersebut (cewahhh cakap banyak orang busy. LOL). masa nie zinger double down nie banyak dah keluar iklan kat youtube (aku rajin layan youtube). berapa liter dah air liur aku telan masa tengok iklan dia. hahhaha. so alang2 singgah kat mall yang ada kfc, apa lagi, terus nak cuba la. 

KFC zinger double down
gambar tak berapa elok sebab tak sabar nak makan. gigih ambik gambar sambil telan air liur. hahahaha. nampak rangup je kan. sorry la aku tak bukak bagi nampak cebisan ayam nipis tu sebab buruk sangat rupa cheese cair dan mayonis berserta sos keju (setelah beberapa jam dalam kereta yang panas). 

KFC zinger double down
rasa dia sedap!! dah nama ayam bertemu ayam jadi ala burger ayam kat tengah pun ada ayam. rangup dan ayam dia jenis spicy rasanya. sesuai la makan dengan sos keju dan mayonis nie, ada pulak keju keping. nikmat ler jawabnya. cuma kena handle sikit jenis ayam yang agak berminyak tu. aku makan setengah je dah kenyang (simpan jap dah tu sambung balik makan bila lapar) banyak isi ayam dia. nak lagi umphh, letak la sos cili/tomato ikut style korang. cuma kalau sos cheese dia bagi leleh2 sikit mesti best. hahahhaha (lain kali kalau ada geng di kfc boleh la request letak sos cheese banyak sikit. LOL)

tu je la nak cerita, 
bila la kfc nak sponsor aku nie? hahahhaa
(not sponsored post, honest opinion)

haaaa, korang dah merasa ke zinger double down nie?

sekian,
see ya when i see ya lah,
ilal liqa'



πŸ’ ads | KFC bucket murah
πŸ’ ads | komen hambar pasal badan